CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tumbuhan Meliar Menghiasi Rumah Tinggal, Kagum Atau Seram?

27-3-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 8838| Komen: 25|Original author: Oleh: Zailina

Description: Unik dan menggerunkan apabila melihat panorama dalam rumah terbiar, kan. Mungkin di negara kita pun ada, tapi seram juga kalau rumah usang jauh di pedalaman.
Foto yang mengagumkan berikut diabadikan oleh jurugambar Gohar Dashti untuk memperlihatkan bagaimana tumbuh-tumbuhan liar menduduki rumah-rumah tidak berpenghuni. 


Kita selalu berfikir bahawa manusia adalah makhluk paling penting di dunia. Sebenarnya, kawasan yang tidak berpenghuni tidak semestinya kosong. Jom saksikan foto-foto yang boleh membuat kita berimaginasi.


Inilah bakal terjadi apabila rumah terbiar lama

Pokok yang mampu hidup di dalam rumah


Memetik Metro, koleksi gambar ini dirakamkan di Iran di mana penghuninya terpaksa melarikan diri daripada suasana peperangan. Apabila manusia berpindah, tumbuh-tumbuhan mengambil alih, lalu mengubah kediaman menjadi kawasan berumput dengan dahan pokok menjalar.


Bagaikan lukisan ... bunga-bungaan memekar

Memiliki kesenian tersendiri

"Foto-foto ini menunjukkan apakah yang akan berlaku kepada rumah yang ditinggalkan penghuninya.

"Foto mempamerkan kuasa alam semula jadi yang boleh 'makan' dan menakluki sesebuah rumah. Manusia akan pergi atau menghilang, namun alam semula jadi kekal dan akan tetap berada di situ. 

"Inilah keindahan tersendiri yang buat kita kagum," terang Gohar. 


Pokok tumbuh meliar dalam kawasan rumah

Lantai rumah terbiar dihiasi rumput menghijau

Apabila manusia tidak lagi menghuni di sesebuah rumah atau kawasan, penempatan terbabit seolah-olah 'hidup' dengan pelbagai jenis pokok hingga wujud senario yang mampu membuat kita berasa seram. Selagi tidak berusik atau diganggu, pokok-pokok pelbagai jenis itu pasti akan memenuhi seluruh kawasan. 


Pokok menjalar memenuhi tangga rumah

Rumah yang cantik kini dihuni oleh tumbuh-tumbuhan

Unik dan menggerunkan apabila melihat panorama dalam rumah terbiar, kan? Mungkin di negara kita pun ada, tapi seram juga kalau rumah usang jauh di pedalaman jadi begini. Mulalah anak muda sibuk nak betandang kononnya mahu membuat rakaman paranormal. - CARI
20

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
21

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ultraviolet 27-3-2018 01:55 PM
cantik and scary
Quote grizz 27-3-2018 03:00 PM
yg cantik..cantik la..
yg cm umah antu tu menakutkn kot..
Quote jlo 27-3-2018 03:55 PM
yang bunga tu sangat lawa
Quote giyomi 27-3-2018 06:30 PM
cantik tp akak ttp tak nak masuk, bkn tkt hantu tp takut ulor.
Quote Jorja 27-3-2018 07:40 PM
Pokok menjalar tu biasalah.. ada saja orang sengaja 'tanam' climbing @ creeping plants ni utk pagar ke tingkap..tapi bila tukang potong rumput datang habis dipotongnya {:cryrun
Quote rosa_canina 28-3-2018 09:38 AM
yg bunga tu cantik.. yg lalang last tu pun cun jgk

yg lain2 mcm seram sikit
Quote Artemesiaa 28-3-2018 06:04 PM
Benda biasa kat mana2 rumah yang terlalu lama ditinggalkan, nak membersihkannya pun pasti akan makan masa
Quote mbhcsf 31-3-2018 04:21 PM
hmm i think it 's  dengue. nyamuk banyak nanti.
Quote miss_qasehs 2-4-2018 02:10 PM
lebih nmpk seram dr cantik...
Quote chinta89 2-4-2018 05:02 PM
cantik seram semua ada.. teknik ambik gmbr n pencahayaan pun ok.
Quote HannahMontana 2-4-2018 05:11 PM
balik lah jika sudah aman ,mari kita bina  hidup baru .
Quote chauky314 3-4-2018 02:57 PM
cantik n seram
Quote komorebi 4-4-2018 06:33 PM
ada yang ok ada yang tak ok
Quote afie_m 5-4-2018 03:10 PM
gambar lastu tu mcm cermin pantulan...
Quote yayangmama 10-4-2018 11:52 AM
yg menjalar kt tangga tu...cntum2 jd mcm monster dlm cite ultraman
Quote aunisofia 10-4-2018 02:38 PM
cantik dan unik....
Quote Ayu61279 12-4-2018 04:25 PM
cantik ada...skeri pun ada
Quote selyusi 22-4-2018 01:26 PM
Nice.. kat malaysia pun ada ni, jiran iols, lalang belakang rumahnye lagi tinggi dari aku...dah cecah paras bumbung rumah rasanya
Quote greantea 23-4-2018 11:30 AM
ada tempat y cantik, ada temnpat y seram
siang2 cantik. malam2 seram

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063974 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top