Foto yang mengagumkan berikut diabadikan oleh jurugambar Gohar Dashti untuk memperlihatkan bagaimana tumbuh-tumbuhan liar menduduki rumah-rumah tidak berpenghuni.
Kita selalu berfikir bahawa manusia adalah makhluk paling penting di dunia. Sebenarnya, kawasan yang tidak berpenghuni tidak semestinya kosong. Jom saksikan foto-foto yang boleh membuat kita berimaginasi.
Inilah bakal terjadi apabila rumah terbiar lama
Pokok yang mampu hidup di dalam rumah
Memetik Metro, koleksi gambar ini dirakamkan di Iran di mana penghuninya terpaksa melarikan diri daripada suasana peperangan. Apabila manusia berpindah, tumbuh-tumbuhan mengambil alih, lalu mengubah kediaman menjadi kawasan berumput dengan dahan pokok menjalar.
Bagaikan lukisan ... bunga-bungaan memekar
Memiliki kesenian tersendiri
"Foto-foto ini menunjukkan apakah yang akan berlaku kepada rumah yang ditinggalkan penghuninya.
"Foto mempamerkan kuasa alam semula jadi yang boleh 'makan' dan menakluki sesebuah rumah. Manusia akan pergi atau menghilang, namun alam semula jadi kekal dan akan tetap berada di situ.
"Inilah keindahan tersendiri yang buat kita kagum," terang Gohar.
Pokok tumbuh meliar dalam kawasan rumah
Lantai rumah terbiar dihiasi rumput menghijau
Apabila manusia tidak lagi menghuni di sesebuah rumah atau kawasan, penempatan terbabit seolah-olah 'hidup' dengan pelbagai jenis pokok hingga wujud senario yang mampu membuat kita berasa seram. Selagi tidak berusik atau diganggu, pokok-pokok pelbagai jenis itu pasti akan memenuhi seluruh kawasan.
Pokok menjalar memenuhi tangga rumah
Rumah yang cantik kini dihuni oleh tumbuh-tumbuhan
Unik dan menggerunkan apabila melihat panorama dalam rumah terbiar, kan? Mungkin di negara kita pun ada, tapi seram juga kalau rumah usang jauh di pedalaman jadi begini. Mulalah anak muda sibuk nak betandang kononnya mahu membuat rakaman paranormal. - CARI |