CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Tuduh Saya? - Syamsul Debat

27-3-2018 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11724| Komen: 65

Description: “Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada say ...
“Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar 
yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya 

dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). 
Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini."

Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat terkejut apabila namanya dikaitkan dengan isu penceramah bebas disyaki mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Penceramah dari Negeri Sembilan berusia 41 itu menafikan perkara berkenaan selepas dihujani pertanyaan daripada keluarga sebaik pulang dari Tanah Suci Makkah pada Ahad, lapor BERNAMA.


Foto: mStar Online



“Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa, cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,” katanya dalam sebuah sidang media yang diadakan pada Isnin.

Bagaimanapun, Syamsul memaklumkan dia masih belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.


Foto: IG Syamsul Debat

“Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya. Dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul atau tidak hujung pangkalnya.

“Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, media melaporkan seorang penceramah bebas didakwa menjalin hubungan dengan isteri orang. - CARI
23

Bagus
18

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 27-3-2018 10:47 AM
Tolong saman akhbar tu ye sd {:hooray{:hooray
Quote fox. 27-3-2018 10:49 AM
saman jah media tu, belum tahu hujung pangkal dah letak gambar orang
Quote batmana 27-3-2018 10:53 AM
SD ni baik hati
klu kene ngn hati keras, mau dia saman paper tu smpai bangkrap.
Quote Maideen. 27-3-2018 10:54 AM
Actually bukannya mudah untuk seorang penceramah mengawal kepala bawah mereka walaupon kepala atas mereka berbalut kemas......

Ini kawan Maideen sundri yang cakap.

Dia pon seorang penceramah dan pendakwah bebas gak......

Wallahualam.
Quote duricinta 27-3-2018 11:17 AM
Saman jer.. Klu ye pn x pyh la letak gmba sbb bnda blum pasti lg.  Jatuhkan imej n akan effect karier SD ni.. Klu x btl dh kira fitnah.. Saman,  saman
Quote chazey 27-3-2018 11:17 AM
Pepatah lama Melayu kata,

Masakan tiada angin jika pokok brrrrgoyang.

Quote putribonda 27-3-2018 11:30 AM
chazey replied at 27-3-2018 11:17 AM
Pepatah lama Melayu kata,

Masakan tiada angin jika pokok brrrrgoyang.

suda tukar ka itu pepatah..bukan ka macam ni:
masakan pokok bergoyang jika tiada angin
Quote jazaa100 27-3-2018 11:32 AM
Takkan lah wartan berani letak nama & gambar klu setakat speku je....

bkn dari satu akhbar pulak tu.....

sebodoh bodoh wartawan, cuma tersilap jalan cerita je....
buat org konpius....sbb dorang pun konpius...

Tapi yg ni......
Quote d_anne04 27-3-2018 11:32 AM
makin dekat pru...

mungkin SD antara nama yang bakal dicalonkan di N9..

Quote chazey 27-3-2018 11:34 AM
putribonda replied at 27-3-2018 11:30 AM
suda tukar ka itu pepatah..bukan ka macam ni:
masakan pokok bergoyang jika tiada angin

Sama jew maksudnya tuh cuma struktur ayat berbeda.
Quote aliaa 27-3-2018 11:35 AM
kesian SD tak pasal2
jadi pasal2 pulak
Quote gummygummy 27-3-2018 12:00 PM
wow dahsyatnya, kesian mesti anak bini tanggung malu padahal cte belum tntu btl
Quote bloodyamuk 27-3-2018 12:01 PM
{:thief{:thief{:thief kita duk sideline tunggu dan lihat je...
Quote kucen_miang 27-3-2018 12:02 PM
sd ni cakap lembut jer.mmg acik2 akak2 kepam senang jatuh hati
Quote kibodwatriuh 27-3-2018 12:02 PM
Fake news!
Quote Changa 27-3-2018 12:04 PM
bukan main lagi husnuzon para acik kepam bimbo sunni ini bila bab setaz perangai macam babi.
iya lah para usta adalah tuhan acik.acik.tudung kepam bimbo sunni ini.
Quote lkick2113 27-3-2018 12:07 PM
Maideen. replied at 27-3-2018 10:54 AM
Actually bukannya mudah untuk seorang penceramah mengawal kepala bawah mereka walaupon kepala atas m ...

kenapa maideen??? mengikut tuan guru yg bagi ceramah di Kg. Railway tu, kalau solat kita sempurna, datanglah segala mak nenek dugaan pun even pompuan bogel persis Heather thomas sekali pun, kita mampu melawannya maideen.
Quote Changa 27-3-2018 12:10 PM
lkick2113 replied at 27-3-2018 12:07 PM
kenapa maideen??? mengikut tuan guru yg bagi ceramah di Kg. Railway tu, kalau solat kita sempurna, ...

mmg itu lah kepercayaan acik acik tudung kepam bimbo ini.
kalau tak tinggal solat takkan lakukab perkara yg mungkar katanya.
bila kita kata ada jah manusia.yg tak tinggal solat pum dok zina ke hulu ke hilir.
mereka akan pusing orang tu.solat tal khusyuk.pulekkk.
macam babi terencat jah pemikiran acik2 tudung kepam bimbo ini
Quote SWORKS27 27-3-2018 12:33 PM
haah..tu la..kenapa tuduh dia

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066826 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top