CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rompak Bank Tanpa Senjata, RM600 Ribu Lesap Dalam Masa 20 Minit

19-9-2017 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9269| Komen: 64

Description: Seorang lelaki dilaporkan berjaya mencuri wang sebanyak RM600,000 dari bilik simpanan di sebuah bank yang terletak di Damansara Heights dalam masa 20 minit sahaja tanpa menggunakan sebarang senjata da ...

sumber : The Sun Daily


Seorang lelaki dilaporkan berjaya mencuri wang sebanyak RM600,000 dari bilik simpanan di sebuah bank yang terletak di Damansara Heights dalam masa 20 minit sahaja tanpa menggunakan sebarang senjata dan dalam keadaan yang tidak disedari oleh sesiapa pun. 

Memetik laporan The Sun Daily, lelaki yang berpakaian T-shirt, berseluar pendek, berselipar dengan membawa sebuah beg memasuki sebuah bank di Damansara Heights sambil menyamar sebagai pegawai teknikal syarikat pemadam api. 

Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki itu memberitahu bahwa dia ingin menjalankan pemeriksaan ke atas pemadam api sambil meminta kebenaran untuk masuk ke adalam kawasan larangan dalam bank tersebut. 


Apabila diminta menunjukkan kad identiti oleh pengurus bank itu, suspek dikatakan gagal berbuat demikian. 

Justeru pengurus itu tidak membenarkannya untuk masuk menjalankan pemeriksaaan tetapi suspek itu masih berkeliaran di dalam bank. 

Berdasarkan paparan kamera litar tertutup CCTV, suspek kelihatan menyelinap masuk ke belakang kaunter bank, kemudian berpura-pura memeriksa pemadam api. 

Oleh kerana tidak mengetahui hal yang sebenar, kebanyakan kakitangan bank hanya sibuk melayan pelanggan dan tidak mengendahkan suspek. 

Walaupun hanya pengurus bank dan ketua unit kredit yang mengetahui nombor laluan atau password bilik simpanan, tetapi lelaki itu sempat meletakkan seketul magnet di tempat kunci automatik ketika ketua unit kredit memasuki bilik simpanan supaya pintu automatik itu tidak terkunci. 

Apabila ketua unit kredit itu keluar dari biilk simpanan wang, suspek segera masuk dan mengambil sejumlah wang kemudian terus keluar dari bank itu. 

Sehingga jam 2.30 petang, pengurus bank terbabit mendapati jumlah wang dalam bilik simpanan telah kurang sebanyak RM600,000. 

Laporan polis telah dibuat dan pihak polis turut menahan pengurus bank serta ketua unit kredit untuk soal siasat.

Namun, mereka berdua telah dibebaskan dari tahan reman dua hari setelah mengesahkan mereka tiada kaitan dalam kes itu. 

Sehubungan itu, polis mengedarkan keratan gambar pencuri itu yang merupakan seorang lelaki berusia 30an daripada rakaman CCTV. 

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pengawai penyiasat kes tersebut melalui talian 017-2336343 ( ASP Mohd Hafizi bin Ishak ) atau balai polis Brickfields 03- 90516222.- CARI
16

Bagus
19

Marah
34

Terkejut
29

Sedih
21

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 19-9-2017 10:21 AM
LOLLLL byk tgk movie la pencopett ni

so cane? tak dpt tangkap lg ke hahaha

brilliant sgt mamat ni

nk tgk sikit rupa dia
Quote haryatie 19-9-2017 10:27 AM
hebatnya dia..
cool jerk dtg merompak..
Quote nuril86 19-9-2017 10:50 AM
kuat nengok moviee..pastu praktikkan... habislaa sape yang kne nnt...
Quote Megikari 19-9-2017 10:54 AM
Wow... Kompiden giler perampok ni. Bank apa ni, teruk sangat security?
Quote prettyuglybabe 19-9-2017 10:58 AM
so tak dapat tangkap lagi ye pencuri tu..
macam ni la bagus..
ko nak curi pegi bank terus..
pastu takde nak usik bunuh orang ke apa..
guna otak je dapat duit
Quote gujiwa 19-9-2017 11:01 AM
gila wei..
senang nye..

Quote mejaputih 19-9-2017 11:03 AM
pagi tadi baca The Sun & tgk gambo mamat tu...wah, inspired by film ke apa ni...setakat pakai selipar je & rilek je keluar takyah tutup2 muka dpn cctv...
Quote vasepecah 19-9-2017 11:07 AM
hebantnye ....
Quote plywood 19-9-2017 11:09 AM
Ini kalah cerita wayang ni kecuali cerita tamil...
Quote -electrifying- 19-9-2017 12:26 PM
boleh buat filem ni
Quote WeAiNe 19-9-2017 12:30 PM
kalah dominic toretto rompak, tak perlu ahli yg ramai pun hahaha
Quote sis_yus 19-9-2017 12:38 PM
memang kira hebatlah.. buat kije sorang2.. pakai simple.. orang bank boleh jadi lalai.. bank apa tu...
Quote batmana 19-9-2017 12:49 PM
pak guard subahat kot
bagi tau selok belok bank

polis tk soal pn pak guard

mana2 bank klu org asing masuk, muke guard cm nk bunuh org pn ada bila pandang
Quote CARI-LTS 19-9-2017 12:58 PM


sumber : The Sun Daily



Seorang lelaki dilaporkan berjaya mencuri wang sebanyak RM600,000 dari bilik simpanan di sebuah bank yang terletak di Damansara Heights dalam masa 20 minit sahaja tanpa menggunakan sebarang senjata dan dalam keadaan yang tidak disedari oleh sesiapa pun.


Memetik laporan The Sun Daily, lelaki yang berpakaian T-shirt, berseluar pendek, berselipar dengan membawa sebuah beg memasuki sebuah bank di Damansara Heights sambil menyamar sebagai pegawai teknikal syarikat pemadam api.


Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki itu memberitahu bahwa dia ingin menjalankan pemeriksaan ke atas pemadam api sambil meminta kebenaran untuk masuk ke adalam kawasan larangan dalam bank tersebut.


Apabila diminta menunjukkan kad identiti oleh pengurus bank itu, suspek dikatakan gagal berbuat demikian.


Justeru pengurus itu tidak membenarkannya untuk masuk menjalankan pemeriksaaan tetapi suspek itu masih berkeliaran di dalam bank.


Berdasarkan paparan kamera litar tertutup CCTV, suspek kelihatan menyelinap masuk ke belakang kaunter bank, kemudian berpura-pura memeriksa pemadam api.


Oleh kerana tidak mengetahui hal yang sebenar, kebanyakan kakitangan bank hanya sibuk melayan pelanggan dan tidak mengendahkan suspek.


Walaupun hanya pengurus bank dan ketua unit kredit yang mengetahui nombor laluan atau password bilik simpanan, tetapi lelaki itu sempat meletakkan seketul magnet di tempat kunci automatik ketika ketua unit kredit memasuki bilik simpanan supaya pintu automatik itu tidak terkunci.


Apabila ketua unit kredit itu keluar dari biilk simpanan wang, suspek segera masuk dan mengambil sejumlah wang kemudian terus keluar dari bank itu.


Sehingga jam 2.30 petang, pengurus bank terbabit mendapati jumlah wang dalam bilik simpanan telah kurang sebanyak RM600,000.


Laporan polis telah dibuat dan pihak polis turut menahan pengurus bank serta ketua unit kredit untuk soal siasat.


Namun, mereka berdua telah dibebaskan dari tahan reman dua hari setelah mengesahkan mereka tiada kaitan dalam kes itu.


Sehubungan itu, polis mengedarkan keratan gambar pencuri itu yang merupakan seorang lelaki berusia 30an daripada rakaman CCTV.


Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pengawai penyiasat kes tersebut melalui talian 017-2336343 ( ASP Mohd Hafizi bin Ishak ) atau balai polis Brickfields 03- 90516222.- CARI
Quote paz 19-9-2017 01:02 PM
Aku google jap nak tengok gambar.
Quote R2D2 19-9-2017 01:05 PM
@adm7
@spiderman80

thread dh ada
mohon delete thread ni sekali dgn akaun Wartawan CARI-LTS

Quote missinpiece 19-9-2017 01:08 PM
Kalo satu bank kt Hartamas tu, x perlu bantuan guard utk tau selok belok bank tu. Coz branch tu cuma sekangkang kera, setiap tempat dan pergerakan boleh dilihat hanya dengan berada di ruang legar bank .
Btw jenuhla mereka2 yg terbabit nak menjawab kiri kanan.
Quote Muntz 19-9-2017 01:11 PM
Bilik kebal tu mmg takder org jaga ker? Ker jaga tgh tido?
Quote MatDeghem 19-9-2017 01:12 PM
Tahniah annan!! Ini macam lah jadi perompak. Bukan pegi rompak duit tabung masjid

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057483 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top