CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Mencuri Paksa Emak Bayar

13-6-2014 03:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6512| Komen: 37

Description: Keputusan Itu Dibuat Selepas Dia Mengaku Salah Melakukan Perbuatan Khianat Dengan Niat Untuk Mengakibatkan Kerosakan Dan Kerugian Iaitu Dengan Sengaja Telah Merosakkan Motosikal Sehingga Menyebabkan P ...

Mohd Faizal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku salah dengan sengaja merosakkan motosikal hingga menyebabkan pemiliknya iaitu ibunya mengalami kerugian sebanyak RM150 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda bukan sahaja tergamak memaksa ibunya menggantikan semula wang RM3,000 yang dicuri daripada majikannya, malah turut bertindak kejam merosakkan motosikal milik ibu malang itu.

Namun, perbuatan tidak berperikemanusiaan Mohd Faizal Ramli, 28, yang layak digelar anak derhaka itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan khianat dengan niat untuk mengakibatkan kerosakan dan kerugian iaitu dengan sengaja telah merosakkan motosikal sehingga menyebabkan pemiliknya, Rotiah Ngah, 60, mengalami kerugian sebanyak RM150 pada19 Februari lalu, jam 4.30 petang di Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, di sini.

Mohd Faizal mengaku salah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 19 Februari lalu, kira-kira jam 4 petang, adik perempuan Mohd Faizal yang bekerja sebagai juruwang dimaklumkan oleh tertuduh bahawa dia telah mencuri duit majikan sebanyak RM3,000.

Mohd Faizal kemudian memaksa adik perempuannya itu dan ibunya iaitu mangsa untuk menggantikan semula wang yang dicuri tersebut.

Selepas mengeluarkan wang RM3,000, adik dan ibunya mengajak Mohd Faizal memulangkan duit berkenaan kepada majikannya, tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut.

Dalam masa sama, Mohd Faizal telah mengugut akan membakar motosikal tersebut jika tidak memulangkan wang yang dicuri daripada majikannya itu serta telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ugutan berbunyi 'Mung nak balik x boh? 15 minit lg mung dok sapa aku bakor mutor mung, dok caye mung tengok'.

Sejurus menerima SMS tersebut, adik perempuannya terus ke balai polis membuat laporan kerana bimbang keselamatan diri dan ibu mereka.

Mohd Faizal ditangkap pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 1.30 pagi.

17

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anishacute 13-6-2014 12:40 PM
Elok la tu.. kalo bley hukum mati di kerusi elektrik je org camni..
Quote jengkoil 13-6-2014 12:42 PM
Aku pong dok pahang starang...berat 66 wartawanggggg..
Quote biskutsusu 13-6-2014 12:44 PM
i pun tak berapa paham

1 . mak dan adiknya keluarkan duit sapa rm3000 tu untuk ganti duit yang faizal tu curi

2 . Kenapa faizal tu ugut nak bakar motor?
Quote koondoor 13-6-2014 12:49 PM
fxxked up shit this one. Kenapa kes2 macam ni banyak di area pantai timur, especially Terengganu?
Quote ad_hoc79 13-6-2014 12:55 PM
patut bio dia dok dalam aje. harap2 insaflah dia lepas ni
Quote kumbang7 13-6-2014 12:55 PM
koondoor posted on 13-6-2014 12:49 PM
fxxked up shit this one. Kenapa kes2 macam ni banyak di area pantai timur, especially Terengganu?

Puncanya adalah dadah...
Quote hanakikan 13-6-2014 12:58 PM
Dah bole agak berita mcm ni tak kelantan, terengganu. Tak terengganu, kelantan
Quote hanakikan 13-6-2014 12:59 PM
Dah bole agak berita mcm ni kalau bukan kelantan, terengganu. Tak terengganu, kelantan
Quote prettyuglybabe 13-6-2014 01:01 PM
elok dibakar je laki macam ni. hidup pun menyusahkan orang
Quote caprut 13-6-2014 01:14 PM
org klntan ngan ganu ni mmg pelik2. ak x pham cter ni. jap. die mnyebabkn kerugian rm 150 ke? halalkn jela. aku x pham btol laa. tu pon nk brkira.
Quote kendoff 13-6-2014 01:19 PM
kurang ajar betul mamat nie..
Quote kodokke 13-6-2014 01:39 PM
Ish ish 8 bln kejab benor
Quote ellZack 13-6-2014 01:44 PM
biskutsusu posted on 13-6-2014 12:44 PM
i pun tak berapa paham

1 . mak dan adiknya keluarkan duit sapa rm3000 tu untuk ganti duit yang fa ...

1. mak dia keluarkan saving sendiri myr3000 untuk ganti duit majikan yg faizal curi.
2. msg ditujukan kepada emak. So, kalau mak rasa2 tak nak bayar duit yg faizal dah curi, mak get ready je lah motor kena bakar nanti.

Quote ellZack 13-6-2014 01:46 PM
caprut posted on 13-6-2014 01:14 PM
org klntan ngan ganu ni mmg pelik2. ak x pham cter ni. jap. die mnyebabkn kerugian rm 150 ke? halalk ...

myr150 tu jumlah kerosakan yang mak faizal tanggung selepas faizal ambil keputusan untuk rosakkan motor tu.

myr3000 - duit majikan yang faizal curi.
myr150 - jumlah kerosakan motor mak.

Quote Mulan 13-6-2014 01:54 PM
ellZack posted on 13-6-2014 01:46 PM
myr150 tu jumlah kerosakan yang mak faizal tanggung selepas faizal ambil keputusan untuk rosakkan  ...

rajin u clarify... ala2 menjawab soklan exam
Quote Mulan 13-6-2014 01:56 PM
uniform banduan ni ngapalah ambik kaler peberet ai? aritu kat ER spital, terserempak lak dgn beberapa banduan tunggu giliran, kebetulan pakai sama kaler... aiseh spoil betul kena lari jauh2 dari ruang menunggu tu
Quote ell768 13-6-2014 01:57 PM
anak sengal..hidup nyusahkan makpak...
Quote ellZack 13-6-2014 02:00 PM
Mulan posted on 13-6-2014 01:54 PM
rajin u clarify... ala2 menjawab soklan exam

ketara betul takde kerja.
Quote biskutsusu 13-6-2014 02:20 PM
ellZack posted on 13-6-2014 01:44 PM
1. mak dia keluarkan saving sendiri myr3000 untuk ganti duit majikan yg faizal curi.
2. msg dituj ...

mekasih atas pencerahan

ps : u read Hlovate? i love all the books

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058497 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top