CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hisap 5 Batang Rokok Setiap Hari, Baru Berusia 24 Tahun Dah Hidap Kanser Mulut

21-8-2017 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7878| Komen: 69

Description: Hisap lima batang rokok setiap hari sejak berusia 17 tahun, Muhammad Faid adalah salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Hisap lima batang rokok setiap hari sejak berusia 17 tahun, Muhammad Faid adalah salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.

Baru menjejak usia 24 tahun, dia kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan mStar Online, pelajar tahun ketiga dalam jurusan pendidikan itu pada mulanya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.

Disebabkan tidak begitu menyakitkan, dia hanya mengendahkannya namun luka yang tersebut tidak hilang begitu sahaja.

Foto: mStar Online
Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, hasil ujian biopsi yang dijalankan November lalu mendapati ianya adalah kanser.


Antara November hingga Mei, Faid mengalami pendarahan empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya.

Kanser yang dihadapinya kini sudah masuk tahap ketiga dan doktor terpaksa membina semula lidah menggunakan lebihan kulit peha. Faid kini boleh bercakap sedikit walaupun mengalami kesukaran.

Lubang ditebuk di trakea bagi membolehkannya bernafas dan dia hanya menerima makanan menerusi tiub. -CARI
2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AJ88 21-8-2017 10:58 AM
kesiannya.
Quote raradhia 21-8-2017 10:59 AM
kesiannya, huhu. .tu laa bahaya rokok, jgn anggap remeh
Quote AbukRokok 21-8-2017 10:59 AM
nasib kau kurang baik
Quote MH3707 21-8-2017 11:03 AM
5 batang sehari tu kira sikit lah tu...tp maybe dia ada infection dari penyakit/ anasir lain... ada org tu,sehari sekotak pun sampai ke umur 50thn tak mampos2...
Quote ChildrenOfBodom 21-8-2017 11:04 AM
lima batang sehari sikit laa
Quote lolita737 21-8-2017 11:05 AM
kesian adik ni..bersabarlah hadapi dugaan dari Allah.
Quote salmon-suki 21-8-2017 11:08 AM
X suka lelaki@pmpuan y smoke ni...sbb ai alahan kt asap rokok,bley bt ai jd sesak nafas n headache...lgpn ape y korg dpt dgn smoking ni?guilty pleasure? Stress reliever?what a nonsense...
Quote harrypoter 21-8-2017 11:09 AM
ada sakit lain ni, org isap 2 kotak sehari pun ada la
Quote MyNameIsIris 21-8-2017 11:09 AM
Bagi i sikit lagi tu... bapak i 2 kotak 1 hari k. Bila tegur dia kata kalau dah ajal, mati juga
Quote Orix 21-8-2017 11:11 AM
Bergantung pd nasib dikk... ada je atuk yg iols kenal duk isap rokok 5-6 batang sehari, masih sihat smpai skrg even umur dh late 70s... ad jugak yg iols kenal tak isap rokok n jaga makan etc tp umur 56 dh meninggal sakit paru2 (my ex boss) ...

Opismate iols yg perempuan pn ad 3-4 org yg merokok... katanya merokok ni boleh release stress n anxiety katanya... lg 15 minit sebelum meeting dgan HOD, berduyun2 la opismate iols baik laki atau perempuan merokok dekat pantri (pantri office I jenis open air), takpun merokok kt car park... iols belum rse nk mencuba lagi wlupn stresss itu selalu ada...

Anyway, iols suka lelaki kemas n ada bau tobacco + perfume masculine... kt opis iols ada sorg executive laki ni tiap kali masuk lif bau rokok + perfume dia buat iols melting... nasib baik heols da kawen
Quote JoyahSepoting 21-8-2017 11:11 AM
Perokok penyumbang pendapatan negara ok!
Quote CardiGans85 21-8-2017 11:24 AM
Klu dl2 rokok daun ramai elok je sampai umur 80thn br sakit2..mninggal pun sbb skt tua.
Skrg ni rokok mcm2 bahan dlm tu,tu yg mbunuh diri.

Kdg2 bila satu kete dgn org yg merokok ni,mulut dia ade satu bau yg mloyakan even dia x mrokok lg pd hari tu. Xtau la mcmana psgn dia bole hadap setiap hari.
Quote raradhia 21-8-2017 11:27 AM
salmon-suki: X suka lelaki@pmpuan y smoke ni...sbb ai alahan kt asap rokok,bley bt ai jd sesak nafas n headache...lgpn ape y korg dpt dgn smoking ni?guilty pleasur ...


atok iols sejenis merokok 24 jam, haritu stay dekat rmh sehari ja iols dan mak iols dah sakit tekak batuk dan demam. .

suruh merokok kat luar, ok ikut tp utk sebatang rokok ja. .lepas tu masuk dlm balik merokok, mak iols dah bising marah2. .

iols plak kat bilik ja bkurung! lama2 paru2 iols boleh rosak kalau perangai merokok mcm ni
Quote Nenasketum 21-8-2017 11:57 AM
Sikit tu. Ada yang hisap 20 batang sehari sampai umur 70 tahun rilek jer. Method adik ni tak betul ni. Kena kecam lah aku jap lagi nih
Quote idakamaruddin 21-8-2017 12:08 PM
aku hari2 doa moga laki aku terbuka hati nk berenti rokok

cth dpn mata ada..arwah ayah dia meninggal sbb kanser paru2 thp 4 tp dia still bole hsp rokok

nthla..nk ckp byk2 ujung gado jugak

Quote yayangmama 21-8-2017 12:14 PM
kalau dah nak sakit kan

dulu arwah abah...tak hisap rokok...tapi hisap paip curut yg guna tembakau tin gambar nenas tu

mak selalu bising, abah kata tak hisap rokok pon mati jugak
Quote insulin 21-8-2017 12:15 PM
Takziah. Kasihannya. Semoga menjadi iktibar kepada budak2 muda lain yang cuba2 nak merokok.
Quote mrizumi 21-8-2017 12:15 PM
Kesian..tahap 3 dh..muda lg..
Quote ninja boy 21-8-2017 12:16 PM
ada kawan  hari2 merokok berpuluh tahun tak kena kanser pun tapi org keliling beliau kena kanser

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.477437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top