CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Penculikan Membabitkan Kucing Membuntukan Polis

2-5-2017 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3335| Komen: 18

Description: Lazimnya kes 'penculikan' hanya membabitkan manusia, namun apa yang berlaku di Virginia, Amerika Syarikat baru-baru ini adalah haiwan yang merupakan kucing yang dilaporkan telah diculik.
Lazimnya kes 'penculikan' hanya membabitkan manusia, namun apa yang berlaku di Virginia, Amerika Syarikat baru-baru ini adalah haiwan yang merupakan kucing yang dilaporkan telah diculik. 


Kejadian hilang beberapa ekor kucing di daerah Waynesboro, Virginia itu berlaku sejak Disember tahun lalu sekaligus membimbangkan para pemilik kucing di kawasan itu. 

Yang menjadi pelik apabila kucing yang diculik itu akan dipulangkan semula kepada pemilik haiwan itu, namun dengan bahagian bawah badannya akan 'dibotakkan'. 

Memetik laporan Reuters, setelah dikembalikan kucing berkenaan dilihat agak takut-takut namun tanpa sebarang kesan kecederaan. 

Setakat ini, sebanyak tujuh laporan kehilangan kucing telah diterima pihak polis yang sememangnya buntu dalam usaha siasatan kes 'penculikan' pelik yang berlaku. 

Menurut jurucakap polis Waynesboro, Kapten Kelly Walker, mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana kesemua kucing dipulangkan, namun meminta agar si pelaku berhenti berbuat demikian. 


"Kesemua kucing yang diculik berada dalam keadaan sihat, sudah dimandulkan dan memakai kolar pada bahagian leher."- CARI

sumber : https://c.tribune.com.pk



16

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_Kimmy 2-5-2017 11:55 AM
Adalah orang yg culik kemudian dikasikan kucing2 ni.....supaya tak membiak agaknya.
Quote saladin780 2-5-2017 11:57 AM
oklah tu..kena sunat percuma
Quote moxes 2-5-2017 11:57 AM
hahahhaa..what a classic!
Quote krustykrab 2-5-2017 12:03 PM
elok jgk penculik ni dtg msia, byk sgt kucing terbiar, beranak, mati, beranak mati...kesian tgk...
Quote akakmasihvogue 2-5-2017 12:12 PM
Quote spiderman80 2-5-2017 12:17 PM
Berita yang agak merisaukan.
Takut kalau mereka datang ke Malaysia dan menculik Spidey dan apek-apek lain untuk disunatkan.
Quote MarryPottet 2-5-2017 12:43 PM
alien lah tu kot yg culik
Quote Artemesiaa 2-5-2017 12:52 PM
Kes service kembiri percuma rupanya.  Jimat cost dah buat pemiliknya.  Lagi pun semua dah dipulangkan dalam keadaan ok so tak ada masaalah sepatutnya.
Quote cheergirlz 2-5-2017 01:46 PM
motip si pencuri wat mcm tue?
Quote belilies 2-5-2017 02:40 PM
Better scan the cat, manalah dia heshe tanam gps ke dlm tew.
Quote mbhcsf 2-5-2017 03:16 PM
eh tapi tak beretika sebab culik dan lakukan procedure ...

Quote CrowneGlory 2-5-2017 03:18 PM
mesti penculik forever alone... dpt pinjam kucing sekjp buat main2 pun cukup pastu pulangkan
Quote WhiskeyScotch 3-5-2017 12:29 AM
Tak sampai hati bila tengok muka kucing yang comel tu.
Quote salmon-suki 3-5-2017 01:16 AM
Cian miaw
Quote Lobai_Majusi 3-5-2017 01:47 AM
harap penculik nie pindah kat malaya.... culik pemilik kucing yg tak berguna & mandulkan   
Quote spiderman80 3-5-2017 01:52 AM
Lobai_Majusi replied at 3-5-2017 01:47 AM
harap penculik nie pindah kat malaya.... culik pemilik kucing yg tak berguna & mandulkan

Acong, Majusi tu apa?
Quote akakmasihvogue 3-5-2017 11:55 AM
pencuri hispter..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059734 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top