CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Salahkan Imigresen Apabila PATI Ditangkap: Ketua Pengarah

2-5-2017 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4751| Komen: 54

Description: Jabatan Imigresen meminta majikan tidak menyalahkan mereka kerana menahan pekerja yang melakukan kesalahan, kerana ia adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, tegas Ketua Pengarah Imigresen ...
Jabatan Imigresen meminta majikan tidak menyalahkan mereka kerana menahan pekerja yang melakukan kesalahan, kerana ia adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, tegas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.


Sebaliknya, Mustafar mahukan majikan lebih matang dan sedar mereka sendiri melakukan kesalahan dan harus bersedia menerima akibat daripada keputusan mereka.

“Jabatan Imigresen tidak akan berhenti setakat menahan warga asing yang melakukan kesalahan, malah akan menyiasat dengan lebih lanjut setiap kes. Majikan turut berhadapan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada di bawah Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan.

Memetik laporan Bernama, Mustafar mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan pengurusan sebuah restoran makanan Korea di laman sosial Facebook mengenai penahanan pekerja warga asing restoran itu, yang menurut beliau tidak menunjukkan situasi sebenar operasi dan disifatkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataannya di Facebook, pengurusan restoran itu menyalahkan pihak berkuasa yang kononnya mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan kesukaran apabila ramai pekerja asingnya ditahan.

sumber : Utusan Malaysia

Mustafar menjelaskan, restoran itu adalah antara premis di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur yang diperiksa pada 28 April lalu berdasarkan aduan orang awam bahawa premis makanan banyak mengambil pekerja asing sebagai penyedia dan jurujual makanan.

Sementara itu, beliau turut rasa kecewa kerana majikan memandang remeh dan sanggup melanggar undang-undang untuk mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata dan tindakan mereka turut menyumbang kepada kebanjiran warga asing tanpa izin (pati).- CARI

sumber : internet

17

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
20

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 2-5-2017 09:56 AM
Majikan yg menggajikan warga asing dianggap pelindung warga asingkan? So kena tangkap juga kan? Tak silap hukumannya bukan sebat ke? Atau majikan itu ada pelindung juga?
Quote felinecat 2-5-2017 09:59 AM
ad permit pon kene tgkap, ape cer..xdak pekerja asing susah juge, terutama kerje yg org kita xnak
Quote krustykrab 2-5-2017 10:00 AM
mcm mana nak buat aduan kat immi ni? kat area rumah aku ni berlambak pendatang indon ....
Quote bangcak 2-5-2017 10:01 AM
felinecat replied at 2-5-2017 09:59 AM
ad permit pon kene tgkap, ape cer..xdak pekerja asing susah juge, terutama kerje yg org kita xnak

contoh?
kerja apa yg warga tempatan taknak?

...jawatan tpm ke?
Quote felinecat 2-5-2017 10:04 AM
bangcak replied at 2-5-2017 10:01 AM
contoh?
kerja apa yg warga tempatan taknak?  


buruh kasar, pembantu kt pasar, cleaner
Quote Pajeri_Nenas 2-5-2017 10:08 AM
felinecat replied at 2-5-2017 10:04 AM
buruh kasar, pembantu kt pasar, cleaner

in restoren dek Bukan construction site
Quote bangcak 2-5-2017 10:09 AM
felinecat replied at 2-5-2017 10:04 AM
buruh kasar, pembantu kt pasar, cleaner

ramai je org tempatan suka kerja tu.

Quote EJALTI 2-5-2017 10:10 AM
Moga lebih ramai pendatang haram indon jongos sial lahanat ditangkap... sial haram punyer pendatang indon jongos sampah lahanat...
Quote Star_el 2-5-2017 10:16 AM
tapi mmg banyak dah kedai makan yg hire org luar utk kendalikan makanan. Aku ingatkan ada akta kata xboleh.
Quote kentel 2-5-2017 10:19 AM
felinecat replied at 2-5-2017 09:59 AM
ad permit pon kene tgkap, ape cer..xdak pekerja asing susah juge, terutama kerje yg org kita xnak

adoiii....lu muntri ka???cmne tau org kita ramai x nak keja 3D tuh???
Quote leylapple 2-5-2017 10:24 AM
kentel replied at 2-5-2017 10:19 AM
adoiii....lu muntri ka???cmne tau org kita ramai x nak keja 3D tuh???

bangla yang konon2nya dihired utk keja 3D tu pun bukan pandai keja pun...

keja setahun pastu lari kluar pegi carik keja dalam ekon jugak.... paling2 pun jadi tukang pencari troli kat supermarket...

pastu kacau pompuan kat tempat parking...

tu jer lah keja yang di tau...
Quote kenarikelabu 2-5-2017 10:43 AM
leylapple replied at 2-5-2017 10:24 AM
bangla yang konon2nya dihired utk keja 3D tu pun bukan pandai keja pun...

keja setahun pastu la ...

Bangla pun dah jd kejuruteraan cashier kat Petronas.
Quote kentel 2-5-2017 11:03 AM
leylapple replied at 2-5-2017 10:24 AM
bangla yang konon2nya dihired utk keja 3D tu pun bukan pandai keja pun...

keja setahun pastu la ...

betul...skrg depa pun da pandai memilih & demanding
Quote prettyuglybabe 2-5-2017 11:44 AM
ni mesti yang kerna serbu kat pavi last week
selayaknya la dah ko gajikan pekerja asing sapa suruh..
nak murah punya pasal..
Quote honeybee1802 2-5-2017 11:51 AM
Star_el replied at 2-5-2017 10:16 AM
tapi mmg banyak dah kedai makan yg hire org luar utk kendalikan makanan. Aku ingatkan ada akta kata  ...

Tu le...dolu tak bleh..tp sakng even chain restaurant pun amik pinoy,bangla jugaaa
Quote saladin780 2-5-2017 11:53 AM
krustykrab replied at 2-5-2017 10:00 AM
mcm mana nak buat aduan kat immi ni? kat area rumah aku ni berlambak pendatang indon ....

kan..pelik aku dtg malaysia tapi belum dapat keje..pastu bleh plak meniaga gerai tepi jalan bukak stall burger pelbagai...agak2 kalu ko dtg indonesia buat camtuh bleh tak rasanya
Quote palmolive 2-5-2017 12:00 PM
warga asing ni memula mai malaysia ni rajin la..

bila dah tau tempat mula la malas, besar kepala...
Quote mejaputih 2-5-2017 12:04 PM
sila tangkap lagi....
Quote MarryPottet 2-5-2017 12:15 PM
lets do our part malaysians dgn sebolehnya mengelak utk makan  di kedai makan yg hire pendatang asing baik legal or illegal
since food they served tak terjamin kebersihannya dan terdedah kepada kuman penyakit pembawaan ummah dari negara dunia ke3 yg semuanya tidak pernah mendapat suntikan vaksin
kalau parents tak vaksin anak, bukan main marah lagi korang tapi akhirnya korang melantak jugak kat restoran @ gerai yg hire warga asing yg tak divaksin

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.158578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top