CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Nelayan Warga Indonesia Sah Diculik Di Perairan Semporna

12-9-2018 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2176| Komen: 1

Description: Dua nelayan warganegara Indonesia dipercayai diculik kumpulan dipercayai terlibat aktiviti Culik Dengan Wang Tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna
Hampir dua tahun kawasan menyelam air laut yang terkenal di Sabah iaitu Semporna berada dalam keadaan aman.

Namun tanpa disedari awal pagi tadi dilaporkan ianya berlaku lagi kejadian menculik yang membabitkan bot nelayan yang sedang menangkap ikan.


Kredit foto: www.mstar.com.my

Memetik laporan Sinar Harian, dua nelayan warganegara Indonesia dipercayai diculik kumpulan dipercayai terlibat aktiviti Culik Dengan Wang Tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna sewaktu tempoh berkurung sekitar pukul 1 pagi Selasa. 

Menurut Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, ketika kejadian bot nelayan yang dinaiki empat mangsa terbabit didatangi dua lelaki berpakaian gelap dan bertopeng dengan memegang senapang jenis M16 kira-kira jam 12 lebih tengah malam.


“Kedua-dua nelayan terbabit kemudiannya diculik dan dibawa ke sebuah tempat yang belum dikenalpasti sehingga kini."

“Dua lagi nelayan lain gagal dikesan pihak penculik berikutan berjaya bersembunyi di kedudukan kapal yang sukar dilihat,” katanya.

Menurutnya sebaik kumpulan penculik dan mangsa beredar dari lokasi kejadian, dua rakan nelayan yang terselamat segera ke Semporna untuk membuat laporan polis kira-kira jam 2 pagi.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada nelayan yang terselamat dan identiti mangsa masih belum diketahui setakat ini."

“Sehingga kini kita belum menerima sebarang panggilan daripada suspek berkenaan permintaan wang tebusan,” katanya.

Omar berkata tiada sebarang tembakan dilepaskan semasa kejadian berlaku.- CARI
21

Bagus
17

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
24

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 12-9-2018 10:54 AM
biaq pi indon yang urusin dia bobok dimana.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.173371 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top