CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cara Baru Buat Duit, Menyamar Jadi Pegawai Kanan SPRM

3-2-2017 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2761| Komen: 4

Description: Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghidu kegiatan individu 'berani' menyamar sebagai pegawai SPRM yang menawarkan 'khidmat' membantu siasatan berkaitan suruhanjaya berkena ...
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghidu kegiatan individu 'berani' menyamar sebagai pegawai SPRM yang menawarkan 'khidmat' membantu siasatan berkaitan suruhanjaya berkenaan.


Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya sudah mengenalpasti beberapa individu terbabit kegiatan keji itu yang boleh menjejaskan imej SPRM.

"Dalam pada itu, jika mana-mana individu yang terbabit gagal melaporkan perkara berkenaan kepada SPRM, tindakan akan diambil ke atas mereka atas kesalahan bersubahat.

"Dipercayai, mereka menggunakan nama pegawai kanan SPRM selain meminta sejumlah wang kononnya digunakan untuk menyelesaikan kes berkenaan," katanya.


Foto: Internet


Individu terbabit bukan sahaja mendakwa mereka mampu menyelesaikan kes SPRM yang masih dalam siasatan termasuk selesaikan kes perbicaraan mahkamah serta membersihkan mana-mana nama tercatat dalam senarai siasatan SPRM. 

"Sehubungan itu, SPRM berharap orang ramai tidak terpedaya dengan dakwaan seperti itu dan meminta mereka menghubungi SPRM untuk mengesahkan perkara berkenaan," katanya.

Datuk Azam juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan berkrompomi dengan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama pegawai SPRM bagi memenuhi kepentingan diri.

Sehubungan itu, SPRM akan menyiasat perkara ini serta mengenakan tindakan ke atas mereka.

Orang ramai yang ingin mengesahkan dan memberi maklumat berhubung isu itu boleh hubungi pegawai SPRM, Fadzil Amin (019-6000981) dan Ahmad Nizam Ismail (019-4401112) atau email terus ke azam@sprm.gov.my. - CARI
22

Bagus
20

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
33

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 3-2-2017 06:10 PM
katalah dia ditipu, berani ke nak mengadu...  ye la, pertama sekali kantoi cuba rasuah pegawai SPPRM untuk kasik clean...  kedua, bodoh kantoikan diri dah kantoi... hahahaa...
Quote ReginaGeorge 3-2-2017 08:27 PM
karena mata buta, karena hati mati
Quote chinta89 5-2-2017 10:13 AM
mudahnya cari duit zmn skg.
Quote sky8gurl 5-2-2017 11:27 AM
macam2..yg pegawai SPRM pun belum tentu clean dari rasuah, mcmana nk banteras rasuah?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057016 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top