CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekelip Mata, 'Smartphone Android' Pertama Nokia Habis Dijual Dalam Seminit!

24-1-2017 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11185| Komen: 79

Description: Sekian lama 'mati' dari ingatan pengguna telefon pintar, kini Nokia kembali merebut hati pengguna telefon pintar dengan kemunculan model baharunya iaitu Nokia 6.
Sekian lama 'mati' dari ingatan pengguna telefon pintar, kini Nokia kembali merebut hati pengguna telefon pintar dengan kemunculan model baharunya iaitu Nokia 6.


Foto: http://www.news.com.au

Lebih mengejutkan, telefon pintar Android Nokia yang pertama ini berhasil merebut hati pengguna di pasaran China dan habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja!

Model terbaru dari Nokia itu hanya ditawarkan di pasaran atas talian China menerusi laman JD.com dan hanya sekelip mata model itu 'sold out'.

Tiada laporan berhubung jumlah sebenar peranti berjaya dijual, namun menurut Gadget360, lebih dari sejuta pengguna mendaftar di laman berkenaan untuk mendapatkan telefon itu.


Telefon pintar yang dijual dengan harga RM1330.50 (USD300) itu dipercayai berjaya dijual sebanyak 100,000 unit menerusi jualan yang ditawarkan di laman berkenaan dan kemungkinan besar faktor nostalgia membuatkan orang ramai berminat dengan model terbaru dari Nokia itu.

Buat masa ini, Nokia yang kini dimiliki oleh HMD Global, sebuah syarikat dari Finland hanya mensasarkan jualannya di China.

Bagaimanapun, HMD dalam sebuah kenyataan berkata syarikat itu berkemungkinan akan mengeluarkan Nokia 6 ke negara-negara di Eropah.

"Keputusan HMD melancarkan telefon pintar Androidnya yang pertama ke China adalah cerminan keinginan mereka untuk kembali 

memenuhi keperluan pengguna dalam pasaran yang berbeza di seluruh dunia," katanya. - CARI
9

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 24-1-2017 01:08 PM
Terus jump nomor 6?

Harap next model bypass 7...
Quote Changa 24-1-2017 01:11 PM
sayang heshe tak jump ke android masa awal2 dulu, or else samsung pun belum tentu famous macam sekarang,

dari segi hardware nokia memang mantap,
Quote honeybee1802 24-1-2017 01:12 PM
Fuh....nokia pun dah telan alcatel lucent..
Quote nikola.tesla 24-1-2017 01:16 PM
Nokia tetap di hati pengguna.body dia tahan.tak rasa plastik di tangan.
Quote hanalisa 24-1-2017 01:23 PM
aku suka pakai nokia. kalo ada jual sini, memang aku beli.
Quote chinta89 24-1-2017 01:31 PM
teringat zaman2 pakai butterfly... 3310..
Quote myakayina 24-1-2017 01:32 PM
jenama hp pertama yg aku pakai..nostalgia sungguh la..
Quote amyza 24-1-2017 01:41 PM
Nak beli kalau ada kat malaysia. Iols simpan lagi n70 sbg kenangan.
Quote wana89 24-1-2017 01:44 PM
amyza replied at 24-1-2017 01:41 PM
Nak beli kalau ada kat malaysia. Iols simpan lagi n70 sbg kenangan.

Wana sampai sekarang masih guna n77 sebagai 2nd handphone..
Walau ada phone canggih sekalipun
Quote kentel 24-1-2017 01:45 PM
Changa replied at 24-1-2017 01:11 PM
sayang heshe tak jump ke android masa awal2 dulu, or else samsung pun belum tentu famous macam sekar ...

camera mantop la...sbb lens carl zeiss
Quote kentel 24-1-2017 01:46 PM
honeybee1802 replied at 24-1-2017 01:12 PM
Fuh....nokia pun dah telan alcatel lucent..

alcatel sbb terpalit kes rasuah
Quote Changa 24-1-2017 01:47 PM
kentel replied at 24-1-2017 01:45 PM
camera mantop la...sbb lens carl zeiss

bukan camera sahaja heshe mantap, microphone untuk shoot video pun mantap tak pecah bila record concert yang bingit.
Quote gigahertz 24-1-2017 01:57 PM
Changa replied at 24-1-2017 05:47 AM
bukan camera sahaja heshe mantap, microphone untuk shoot video pun mantap tak pecah bila record co ...

itu dulu. 2005 punya cerita. sekarang phome dah elektronik 100%. Nokia kena guna devices orang lain juga. tak original macam dulu.dulu punya phone orang ni buat bulat yang ini segi4. sekarang semua shape sama
Quote gigahertz 24-1-2017 01:59 PM
Changa replied at 24-1-2017 05:11 AM
sayang heshe tak jump ke android masa awal2 dulu, or else samsung pun belum tentu famous macam sekar ...

Nokia buat smartmove   bila technology dah maju storage dah besar. procesor dah best baru masuk market. lepas tu orang puji .nokia laju nnokia bagus.padahal step yg sama Lenovo dan Asus enter market
Quote ekod79 24-1-2017 02:00 PM
Nokia x5 symbian last di pakai
Quote putehkundor 24-1-2017 02:24 PM
akhirnya

specs ok tak uols..mohon tepek
Quote red_cattleya 24-1-2017 02:29 PM
ioll je aman2 pakai BlackBerry klu bukan sbb whatsapp dh tak boleh guna lps neh, takde niat pun nak beli baru
Quote noraidil_06 24-1-2017 02:58 PM
welcome back nokia
Quote azimodin 24-1-2017 05:12 PM
Aku ade beli satu phone nokia sebelum dorang halt model baru, masa tu samsung barru je kluarkan galaxy s2. x ingat pulak model ape. Satu kekuatan nokia yangg orang lain xleh lawan ialah ketahanan bateri. phone tu dulu 4 hari x  charge pon bernyawa lagi.

Apa2 pon 3310 paling lagend. Jatuh katil double decker berpuluh kali pon boleh survive.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.210881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top