CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kualiti Penyanyi Hauk, Pengacara Merapu" -Chef Wan Kecewa Dengan AJL

24-1-2017 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28434| Komen: 169|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Belum habis lagi kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung Ahad lepas apabila chef selebriti terkenal tanah air, Chef Wan punya pendapat sendiri mengenai majlis tersebut.
Sumber: IG Chef Wan

Nampaknya belum habis lagi kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung Ahad lepas apabila chef selebriti terkenal tanah air, Chef Wan punya pendapat sendiri mengenai majlis tersebut.

Menurut status yang dimuat naik di laman Instagram, Chef Wan nampaknya meluahkan rasa kecewa dengan prestasi sesetengah artis yang membuat persembahan pada malam itu.

Baginya, kualiti artis sekarang sudah tidak setanding dahulu dari segi vokal dan mungkin sesetengah darinya tidak layak pun berada di pentas akhir.


Tidak terkecuali para pengacara pada malam itu juga dikatakan bercakap agak merapu dan dikatakan gagal untuk mencari titik keserasian antara mereka ketika mengacara.

Sumber: IG Chef Wan
Selain itu, Chef Wan juga turut memuat naik gambar penyanyi Shiela Amzah dan Alif Satar ketika berduet bersama menyanyikan lagu Selamanya Cinta.

Menurutnya mereka memberikan persembahan lebih hebat berbanding pasangan Misha Omar dan Hafiz Shuib. Chef Wan juga ada memberi komen tentang dia tidak menyukai baju yang dipakai Fara Fauzana, dan mengumpamakannya seperti Lady Gaga versi muslimah.

Sumber: IG Chef Wan
Satu lagi gambar yang dimuat naik adalah foto ratu rock Malaysia, Ella ketika membuat persembahan dan Chef Wan menyatakan yang dirinya sangat terhibur dengan persembahan tersebut.

Sumber: IG Chef Wan
Begitulah pendapat peribadi yang dilontarkan Chef Wan sendiri. Walaupun kedengaran agak pedas, namun mungkin apa yang dikatakan adalah benar belaka.

Apa-apa pun masih ada ruang untuk sentiasa memperbaiki kelemahan dalam diri masing-masing. Semoga industri hiburan tanah air kita semakin bertambah baik dan maju di masa akan datang. -CARI
18

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 24-1-2017 12:29 PM
Semak reramai atas pentas..baju fafau
Quote edoraixora 24-1-2017 12:31 PM
zaman berubah atok wan oiii
Quote Changa 24-1-2017 12:31 PM
jujurin nya persembahan ella memang memukau, bersahaja jah tapi nyanyian maintain walaupun tergedik2 atas stage,
Quote che-cikL 24-1-2017 12:32 PM
Betul, semua saya sokong...

Quote shanshero 24-1-2017 12:39 PM
chef wan dulu pernah komen dato vida
menaja ajl. hampir tok vida bangkrup di buatnye
Quote CrowneGlory 24-1-2017 12:41 PM
AJL I grew up? berapa umur atok ni?
Quote Lot 24-1-2017 12:47 PM
Wei...apis ngn misha best lahhhh
dia deliver lagu tu ngn baik
ada lak nk kata lagi best alip ngn lalat

lagu dayang yg menang tempat pertama tu pn tak best
napa tak cakap

tapi kan...ajl mmg makin lama makin hauk list lagu yg masuk akhir
Quote Hana 24-1-2017 12:53 PM
harap tok wan tak mengkritik Dayang ye. - karats dayang.

Quote kaklehot 24-1-2017 12:53 PM
eleh..ko masak je la kat dapur tu jah oii..
Quote Themilo 24-1-2017 12:55 PM
iols perasan dress up Ella  malam AJL persis Melly Goeslow (merangkap DP lama tok pit put @sepitsiput ) ...  
Quote vanillaninja 24-1-2017 12:58 PM
Brooch Farah pun heols comment. Observant sungguh
Quote buragazz 24-1-2017 12:58 PM
Eleh Tok Wan pun mana boleh samakan lagu dulu ngan sekarang.. macam bapak aku pun tak boleh terima lagu2 sekarang sbb bukan zaman dia.. maknanya ko dah kertu...
Quote masmelon 24-1-2017 01:00 PM
hahhaaha zaman ajl tok wan mesti dia maksudkan ramlah ram, aishah, ziana zain and tokti semua heheheh .. btw mmg betol pon tokwan cakap cuma agak tidak setuju yang part shila hamzah alif vs misha hafiz.. rsenya misha hafiz deliver lagu diorg lagi ok kot .. sbb waktu part awal2 tu pon mcm xdgr je suara alif and shiela hamzah plk bila part tinggi mcm terkepit je dgr hahhahah ..
Quote Adeakukesah11 24-1-2017 01:00 PM
Takyah nk menyebok lah haih pakcik sorg nie . Ade je bnde nak kritik
Quote novlin 24-1-2017 01:02 PM
ni semer gegara retis dh fefeling hebat bila dah menang AJL berturut2 dan2 tak nak masuk AJL lagi... padahal theyols tu cuma nyanyi lagu yg komposer cipta..
Quote pearl.silver 24-1-2017 01:03 PM
Memang la chef wan xsuka lagu2 mlm tu..umor dah berapa..ajl tu lagu pilihan bbnu saja..
Baideway..kita serupa...suka dgn lagu selamanya cinta...
Dan performance ella tu dah mcm konsert dia pula...best sgt..
Quote SitiRopeah 24-1-2017 01:11 PM
ok la tu. dia kata itu personal comment dia...
wartawan yang sibuk cedok jadikan berita..
NEXT!!!!
Quote eyansss 24-1-2017 01:20 PM
buragazz replied at 24-1-2017 12:58 PM
Eleh Tok Wan pun mana boleh samakan lagu dulu ngan sekarang.. macam bapak aku pun tak boleh terima l ...

dia kan ada admit dalam statement dia yang maybe sebab dah masuk golongan lama so dia rasa lagu hiphop segala tak sedap...
Quote cikperiukkera 24-1-2017 01:21 PM
Lot replied at 24-1-2017 12:47 PM
Wei...apis ngn misha best lahhhh
dia deliver lagu tu ngn baik
ada lak nk kata lagi best alip ngn l ...

Mungkin heshe pn team acik2 kepam epot kot? Blm move on lg

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080922 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top