CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Ikonik 3310 Dilancarkan Semula Oleh Nokia

27-2-2017 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2997| Komen: 6

Description: Setelah lebih sepuluh tahun pengeluarannya dihentikan, jenama Finland Nokia sekali lagi melancarkan tiga telefon pintar Android yang terbaru dan satu versi terkini yang dirombak dari model ikonik 3310 ...

Bagi mereka yang pernah menggunakan telefon bimbit Nokia 3310, pastinya rasa amat teruja dengan pelancaran semula jenama telefon bimbit legenda Nokia 3310. 


Setelah pengeluarannya dihentikan dalam tempoh masa lebih sepuluh tahun, kelmarin dalam majlis pelancarannya, Nokia memperkenalkan tiga telefon pintar Android yang terbaru dan satu versi terkini model ikonik 3310.  

Berbeza daripada model asalnya, Nokia 3310 versi baru ini membolehkan pengguna melayari laman web dengan fungsi penggunaan yang memudahkan. 

Memetik laporan portal express.co.uk, versi baru tersebut turut kekalkan permainan 'Snake' yang popular dan nada deringnya yang tersendiri, kata Arto Nummela, ketua syarikat Finland, HMD Global yang akan menghasilkan telefon itu di bawah perjanjian pelesenan dengan Nokia.

"Telefon itu akan membolehkan anda berbual selama 22 jam, 10 kali lebih lama berbanding tempoh model asal." 


Dilancarkan pada 2000, model asal Nokia 3310 berjaya meraih penjualan sebanyak 120 juta unit di merata dunia sebelum pengeluarannya dihentikan pada 2005, sekaligus menjadikannya salah satu telefon bimbit yang paling laris di dunia.

Selain 3310 yang baru, HMD turut melancarkan tiga telefon pintar yang baru, iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 yang akan dijual pada harga yang berbeza.

Nokia 6 sudahpun mula dijual di China dan akan mula dijual di seluruh dunia tidak lama lagi.

Tahun lalu, HMD membeli perniagaan Microsoft Mobile dan hak menggunakan jenama Nokia.- CARI

sumber foto: http://www.express.co.uk
sumber foto: http://www.express.co.uk


17

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 27-2-2017 07:16 PM
alololo dompok sgt comelll
Quote raihaneem 27-2-2017 07:30 PM
Comey la
Hrp tk mahai sgt la,berkenan pulak
Quote giyomi 27-2-2017 07:49 PM
cik kia dah muncul kembali. Satu kelebihan cik kia ni, ianya very user friendly tu sbb apa jua model cik kia laris.
Quote Sazida 27-2-2017 10:08 PM
Pasni boleh sms sebelah tgn ats moto. Hahaha mcm dulu2.,,
Quote CrowneGlory 28-2-2017 09:27 AM
comel ...nk belikan utk baby aku la
Quote Kentang.Goreng 28-2-2017 10:14 AM
@spiderman80 dah ada bebenangnya.

Ptuih...!!!_Nokia_3310_baharu_mengecewakan,terlebih_nostalgia_jah!_-_Isu_Semasa_.jpg

Nokia 3310 baharu mengecewakan, terlebih nostalgia jah!
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1032944&extra=page%3D2


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076827 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top