CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warga Emas Berputih Mata, Wang KWSP Lesap Entah Ke Mana

6-12-2016 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6594| Komen: 35|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Bukan kali pertama terjadi, namun tak tahu di mana silapnya bila kejadian wang caruman dalam KWSP milik seorang warga emas di Jertih, Terengganu dilaporkan lesap begitu sahaja.

Bukan kali pertama terjadi, namun tak tahu di mana silapnya bila kejadian wang caruman dalam KWSP milik seorang warga emas di Jertih, Terengganu dilaporkan lesap begitu sahaja.


Memetik laporan Sinar Harian, warga emas itu merupakan seorang pesara tidak pernah sekali pun melakukan sebarang pengeluaran.

Mangsa, Zakaria Sadina, 78 hanya menyedari kehilangan wang KWSP miliknya selepas melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP Cawangan Jertih pada minggu lepas. 

Mengejutkan bila diselidiki, sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 1993 wangnya pernah dikeluarkan sehingga menyebabkan baki kosong. 

Foto: Sinar Harian
“Pada 1990 sebanyak RM2,500 dikeluarkan. Tiga tahun kemudian RM5,500 pula dikeluarkan oleh pihak tertentu.


“Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 20 tahun sehingga pencen pada tahun 1985, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP.

“Memandangkan saya menerima pencen bulanan menyebabkan sebelum ini saya tidak mempedulikan sangat tentang caruman itu kerana saya menyangka mungkin tidak ada caruman sehinggalah diberitahu oleh seorang waris saya bahawa saya mempunyai caruman,” katanya, petik Sinar Harian.

Kejadian seperti ini sekaligus menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Tak mahu nasib yang sama terjadi kepada mereka, pihak KWSP diminta untuk memberi penjelasan.  

Malah ada di kalangan netizen yang melempiaskan kemarahan dengan mengatakan ia merupakan salah kerajaan yang mengambil kesempatan terhadap wang rakyat. 

Berikut merupakan antara luahan netizen berhubung isu ini. 


21

Bagus
20

Marah
28

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 6-12-2016 11:12 AM
malaysian dan konspirasi theory berpisah tiada ... huuhuh
Quote Nenasketum 6-12-2016 11:14 AM
Ya Allah kesiannya. Menjawab la di akhirat nanti siapa yang songlap. Yang kes BSN baru2 ni pun sama.
Quote ronapink 6-12-2016 11:16 AM
siannya tokki..


pencen pun dah lama
Quote Artemesiaa 6-12-2016 11:21 AM
Sebab tu selalu le periksa penyata kwsp juga jangan lupa periksa nama penama pastikan ada
Quote tipuware 6-12-2016 11:22 AM
kat kampung atuk aku ada sorang camni.. tapi dia memang dah keluarkan duit kwsp dia, cuma dah tua, so dia tak igt.. tapi anak2 tau pasal anak jiran yg tlg menghantarkan atuk tu gi kwsp yg bgtau. tapi smp kesudah dok kata tak kuarkan lagi. same goes dgn duit asb dia.
Quote pocongkiutss 6-12-2016 11:24 AM
Nenasketum replied at 6-12-2016 11:14 AM
Ya Allah kesiannya. Menjawab la di akhirat nanti siapa yang songlap. Yang kes BSN baru2 ni pun sama. ...

BSN kes apa ye?
Quote haryatie 6-12-2016 11:29 AM
sungguh hilang ke..
atau pun dia da lupa dia pernah kluarkan..
Quote gujiwa 6-12-2016 11:37 AM
biarla kwsp menjawab..
so acik2x yg kata kawan kepada kawan kepada laki mak tiri sebagainya tu yang hilang duit
ape kesudahan nya..
ni bukan first time dengar kisah kawan kepada kawan hilang duit bagai..
mesti ada hasil siasatan bagai...
Quote prettyuglybabe 6-12-2016 11:43 AM
entah memang dia dah keluarkan tapi lupa, atau ada anak menantu hantu yang pi keluarkan..
Quote pearl.silver 6-12-2016 11:44 AM
Mmg ada kes..orang tua yg ada penyakit short term memory loss..dia bukan nyanyuk..
Harini anak minta duit 5k..bawa mak gi keluar duit..esok2 mak terkejut tgk buku akaun ada pengeluaran 5k
Dah la die igt ada org curi duit dia..
Yg si peminjam tu diam seribu bahasa
Quote syadq 6-12-2016 11:50 AM
Orang gomen yg berjaya tukar skim pencen, ramai yg bawak keluar duit kwsp dan settle hutang.
Quote vanillaninja 6-12-2016 11:53 AM
Nenasketum replied at 6-12-2016 11:14 AM
Ya Allah kesiannya. Menjawab la di akhirat nanti siapa yang songlap. Yang kes BSN baru2 ni pun sama. ...

Elaborate sikit pasal case BSN ni.
Quote kakiah12 6-12-2016 11:54 AM
bukan susah ke nak keluarkan kena isi mcm2 form and cop jari bagai? tah2 pakcik ni lupa dia dah keluarkan.
Quote kakiah12 6-12-2016 11:54 AM
bukan susah ke nak keluarkan kena isi mcm2 form and cop jari bagai? tah2 pakcik ni lupa dia dah keluarkan.
Quote mzzenma 6-12-2016 12:01 PM
Kemungkinan pakcik ni lupa kut dia pernah withdraw duit tu

Kan after sah jawatan boleh keluarkan duit tu
Quote irwansuhadi 6-12-2016 12:16 PM
tadi terjumpa seorang hamba Allah ni. Masalah yang sama yang berpunca dari KWSP  di mana wang  dalam akaun ayahnya telah zerorise. Apa ni???
Quote trisnalovezul 6-12-2016 12:32 PM
kasian kakek.moga urusan kakek ini dimudahkan
Quote -electrifying- 6-12-2016 12:33 PM
bertabah la atuk ya... kasi mereka siasat dlu
Quote krustykrab 6-12-2016 12:49 PM
tipuware replied at 6-12-2016 11:22 AM
kat kampung atuk aku ada sorang camni.. tapi dia memang dah keluarkan duit kwsp dia, cuma dah tua, s ...

tu lah...memula baca kes ni, aku mcm rasa atuk ni nyanyuk ....tp entahlah...kita dgr penjelasan kwsp

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.083094 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top