CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

5 Dekad Dalam Industri Filem, Jackie Chan Akhirnya Terima Anugerah Oscar

14-11-2016 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5318| Komen: 25

Description: Jackie Chan finally gets an Oscar http://media.therakyatpost.com/w ... reuters-728x470.jpg Actor Jackie Chan poses with his Honorary Award at the 8th Annual Governors Awards in Los Angeles, Californ ...
Selepas 5 dekad menceburkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Cina dan bintang seni mempertahankan diri itu meraih trofi emasnya sendiri iaitu anugerah Oscar pada Sabtu lalu, dalam majlis Anugerah Governors.




Selepas melihat satu trofi Oscar di rumah Sylvester Stallone kira-kira 23 tahun lalu, Jackie Chan menyuarakan keinginannya untuk turut memiliki trofi sama.

"Selepas 56 tahun dalam industri filem, terbabit lebih 200 filem, selepas bertungkus-lumus dan menyimpan harapan, akhirnya," kata Jackie Chan, 62.



Pelakon itu, mengimbau kembali saat menyaksikan majlis itu bersama keluarganya apabila bapanya bertanya mengapa dia tidak memiliki anugerah tertinggi Hollywood walaupun sudah berlakon dalam banyak filem.

Jackie Chan memuji tanah kelahirannya, Hong Kong, kerana membuat dia 'berbangga menjadi seorang Cina' selain berterima kasih kepada peminat dengan menyatakan mereka adalah sebab 'mengapa dia harus terus membuat filem, melompat menerusi tingkap, menendang dan menumbuk sehingga tercedera.'

Dalam majlis itu, dia diperkenalkan oleh pelakon yang menjadi pasangannya dalam filem 'Rush Hour', Chris Tucker, aktres Michelle Yeoh dan Tom Hanks, yang merujuk Jackie Chan sebagai "Jackie 'Chantastic' Chan."



Menurut Hank, dia amat berbangga dapat mengiktiraf kerja-kerja Jackie Chan kerana seni mempertahankan diri dan filem aksi komedi adalah dua genre yang sering tidak diendahkan ketika musim penganugerahan.

Reuters melaporkan, penyunting filem British Anne V Coates, pengarah filem Lynn Stalmaster dan pembuat dokumentari prolifik, Frederick Wiseman turut menerima anugerah kehormat daripada penganjur majlis tahunan itu, Akademi Seni Filem dan Sains.


Sumber foto: Reuters

Tahniah Jackie Chan! Selepas lebih 50 tahun bertungkus lumus, akhirnya dapat juga trofi emas yang diidam-idamkan itu. - CARI



Sumber video: Youtube
9

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 14-11-2016 01:38 AM
Acooooooooong

Ko online dari bedroom ka lokap?
Quote God_Eater_4 14-11-2016 01:41 AM
chazey replied at 14-11-2016 01:38 AM
Acooooooooong

Ko online dari bedroom ka lokap?

lokap ada bedroom kaa?  
Quote chazey 14-11-2016 01:44 AM
God_Eater_4 replied at 14-11-2016 01:41 AM
lokap ada bedroom kaa?

Haha.

Semoga Zeus almighty pelihara ko dari dilokapkan. Hahaha.
Quote God_Eater_4 14-11-2016 01:47 AM
chazey replied at 14-11-2016 01:44 AM
Haha.

Semoga Zeus almighty pelihara ko dari dilokapkan. Hahaha.

jangan off topics...... kang kena banhammer lagik  


semoga tuhan zeus merahmati kita semua  


amen........  
Quote chazey 14-11-2016 02:08 AM
God_Eater_4 replied at 14-11-2016 01:47 AM
jangan off topics...... kang kena banhammer lagik  



Moga tangan Zeus memimpinmu ke jalan yang terang dan benar.  
Quote Lilyane401 14-11-2016 02:10 AM
betul ka dapat? tak nampak news pun
Quote pyropura 14-11-2016 02:23 AM
Lilyane401 replied at 14-11-2016 02:10 AM
betul ka dapat? tak nampak news pun

Haaaaa berita pitenah tuwww, pegi reput polis cepat ...    
Quote tripleid 14-11-2016 02:46 AM
honorary award sajork..oscar betul bulan 2 thn depan
Quote MsKathryn 14-11-2016 01:18 PM
Congrats. Suka tgk movie jackie chan.
Quote famri7 14-11-2016 01:28 PM
Alah  award pprt untum yang belum.innalillah..di pertuwi pon slalu kan bagi dekat legend la bagai..padahal xnk bgi emo sbelum mati.
Quote supernaturalee 14-11-2016 02:45 PM
bangga lh org asia dpt honorary awards di academy awards
melalui hasil lakonan

nk tgu kategori saingan tah bila lah
Quote spiderman80 14-11-2016 03:16 PM
supernaturalee replied at 14-11-2016 02:45 PM
bangga lh org asia dpt honorary awards di academy awards
melalui hasil lakonan


Ada ramai kut, tapi yang paling terkenal ialah pengarah filem dari Taiwan, Ang Lee.
Beliau pernah menenangi Oscar Best Director dalam filem The Life Of Pi dan juga Oscar dalam kategori Best Film untuk filem Brokeback Mountain. Selain itu, filem Asia beliau iaitu Crouching Tiger Hidden Dragon lakonan Tan Sri Michelle Yeoh juga memenangi beberapa awards dalam Oscar.
Quote spiderman80 14-11-2016 03:21 PM
tripleid replied at 14-11-2016 02:46 AM
honorary award sajork..oscar betul bulan 2 thn depan

Not bad actually untuk seseorang dianugerahkan Honarary Award, especially kepada seseorang pengiat seni dari Asia. Bukan calang-calang orang boleh mendapat pengiktirafan dari Academy Awards.
Honarary Awards adalah untuk menghargai jasa, seni dan hasilkerja seseorang dalam.industri perfileman.
Quote fox. 14-11-2016 03:23 PM
ni pasal jackie chan  ke pasal zeus menang oscar?
Quote supernaturalee 14-11-2016 03:37 PM
spiderman80 replied at 14-11-2016 03:16 PM
Ada ramai kut, tapi yang paling terkenal ialah pengarah filem dari Taiwan, Ang Lee.
Beliau pernah ...

psl tu lh  i mention utk kategori lakonan je bang spider
dh check td
utk kategori lakonan total di kalangan org asia/keturunan asia
ada 12 pencalonan je spnjg 88 kali penganjuran academy awards
dgn 3 kemenangan

thats why bangga sgt jackie chan dpt honorary award ni melalui lakonan

Quote spiderman80 14-11-2016 03:49 PM
supernaturalee replied at 14-11-2016 03:37 PM
psl tu lh  i mention utk kategori lakonan je bang spider
dh check td
utk kategori lakonan total  ...

Sorry bro. Hihi...

Tapi kan, Jackie susah nak menang Best Actor Oscar sebab lakonan dia bukan serius, more to badut sarkas lompat sana-sini saja.

Maybe satu hari nanti, ada pelakon berbakat Asia akan memenangi Oscar dalam lakonan.
Quote FanTasyCreaTioN 14-11-2016 03:55 PM
famri7 replied at 14-11-2016 01:28 PM
Alah  award pprt untum yang belum.innalillah..di pertuwi pon slalu kan bagi dekat legend la bagai..p ...
tak paham ayat ni

padahal xnk bgi emo sbelum mati



Quote famri7 14-11-2016 04:01 PM

ramai biduaniitra seniwati lokalis yang emo sebab x dpt award bagai..iyalah esok lusa dah nk innalillah...sori tadi gigeh nk komen
Quote supernaturalee 14-11-2016 04:02 PM
spiderman80 replied at 14-11-2016 03:49 PM
Sorry bro. Hihi...

Tapi kan, Jackie susah nak menang Best Actor Oscar sebab lakonan dia bukan s ...

smpikan tom hanks pun mention
oscar mmg selalu lepas pandang lakonan aksi komedi
tp mmg xleh compare lh dgn merit pny kategori


tp bgs lh jc pakai pakaian tradisional cina
michelle yeoh pun ade sama

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056660 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top