CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Goh V Shem & Tan Wee Kiong Kini Bergelar Beregu Nombor Satu Dunia

10-11-2016 09:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4935| Komen: 22

Description: Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

Tahniah buat beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. 

Menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis mereka kini bergelar beregu nombor satu dunia.


sumber foto: Berita Harian
Bernama melaporkan, BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534).

Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Okt lepas.

Menurut laman web http://www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata.- CARI


sumber foto: www.channelnewsasia.com

20

Bagus
20

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 10-11-2016 09:59 PM
asyik no 1 dunia tapi nan hado menang yg pertandingan berprestij..
Quote azrain98 10-11-2016 10:50 PM
Perak kat olimpik tu tak cukup berprestij ke?
Quote WhiskeyScotch 10-11-2016 10:51 PM
Tahniah! Go Go Go Malaysia!
Quote kemaruk 10-11-2016 10:53 PM
Chinese master race!!!
Quote axl_bach 10-11-2016 11:01 PM
zidane_ziege replied at 10-11-2016 09:59 PM
asyik no 1 dunia tapi nan hado menang yg pertandingan berprestij..

Dorg naik automatik sbb beregu no. 1 dari Korea kan dah retired....

Ikutkan point dlm website BWF smlm beregu korea 85k lebih point,  beregu kita 71k lebih jer di no. 2
Quote alya_daniela 10-11-2016 11:14 PM
axl_bach replied at 10-11-2016 11:01 PM
Dorg naik automatik sbb beregu no. 1 dari Korea kan dah retired....

Ikutkan point dlm website  ...

yang resign tu beregu yang hensem tu ke

Quote axl_bach 10-11-2016 11:55 PM
alya_daniela replied at 10-11-2016 11:14 PM
yang resign tu beregu yang hensem tu ke

Ntah lah hemsen ke idok,  tp yg no1 tu laa
Quote alya_daniela 11-11-2016 12:14 AM
axl_bach replied at 10-11-2016 11:55 PM
Ntah lah hemsen ke idok,  tp yg no1 tu laa

masa malaysia lawan korea olimpik tu

alya sokong korea

seba yang korea tu hensem

nama dia apa ye?
Quote afheyz 11-11-2016 12:24 AM
ok la no 1, yg penting kaut championship tu.
Quote mirandanicky1 11-11-2016 09:18 AM
Tahniah. Teruskan berusaha
Quote lazim 11-11-2016 09:31 AM
alah apa nk heran no 1 pulun kumpul point masuk bnyk2 tournament. sampai olimpik bungkus jua, bangga la dgn perak atas alasan dh cuba yg terbaik.
Quote jofizo 11-11-2016 09:43 AM
bawa balik gold olimpik la baru org bangga x pn thomas cup ka..... kalau dah single n dable no1 dunia cuma curi 1 mata je lg dr 3 game....
Quote meklalala 11-11-2016 09:46 AM
tahniah guys..lepasni harap2 akan lebih bersemangat untuk main  dan menjuarai pertandingan pertandingan besar dunia..
Quote lancome_ivy 11-11-2016 10:43 AM
bergu malaysia terbaik setakat ni
Quote Nokiaman 11-11-2016 11:50 AM
Boleh tahan setahun je paling lama pon...
Main tak konsisten....
Quote -electrifying- 11-11-2016 12:14 PM
gold olimpik ade ke idok?
Quote amylopectin 11-11-2016 12:32 PM
tiada makna no1 klu kecundang di olimpik..emas di tokyo pls
Quote katibism 11-11-2016 03:20 PM
Tahniah..peluang nk menang piala Thomas cerah JIKA konsisten n ada pelapis LCW
Quote hafeek 13-11-2016 01:50 PM
Good luck kan aje. Janji konsisten

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.094211 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top