CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jamal Yunos Ketuai Kumpulan Baju Merah 'Terjah' Ibu Pejabat Malaysiakini

4-11-2016 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3728| Komen: 17

Description: Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kelmarin mengetuai Kumpulan Baju Merah hadir ke pejabat Malaysiakini yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya.

sumber foto: Malaysiakini

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kelmarin mengetuai Kumpulan Baju Merah hadir ke pejabat Malaysiakini yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya. 

Sambil melaungkan "Hidup kumpulan baju merah" dan "Musnahkan Soros", para penyokong kumpulan baju merah meminta pihak Malaysiakini membenarkan mereka masuk kedalam premis. 

Menurut laporan Malaysiakini, ketika di luar pejabatnya, Jamal dan penyokongnya "minta pekena kopi dan pisang goreng", malah memaklumkan penyokong yang dibawa tidak pun melebihi seribu orang dan kehadiran mereka bukan untuk membuat kacau.

Kemudian, pihak pengurusan Malaysiakini menjemput Jamal masuk ke dalam pejabat untuk mengadakan perbincangan sambil pekena teh tarik, pihak pengurusan Malaysiakini yang bertemu Jamal terdiri daripada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua Pengarang RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia Jimadie Shah Othman.


Semasa perbincangan, Jamal menegaskan kali ini adalah perhimpunan yang aman, tetapi mengugut sekiranya Malaysiakini tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang dana yang diterima daripada hartawan asing George Soros, kumpulan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu ini iaitu 5hb Oktober dan meruntuhkan sebahagian bangunan pejabat Malaysiakini. 

Malaysiakini turut melaporkan, ketika itu Jamal menyatakan "Sekiranya tidak dapat beri penjelasan , maka kami badan bukan kerajaan (NGO) yang datang dari seluruh negara, akan mengadakan perhimpunan di sini yang melibatkan 20,000 orang.... dan pada masa yang sama akan juga memastikan sebahagian bangunan itu diruntuhkan."

Justeru itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan serta-merta mempersoalkan Jamal, berdasarkan maksud perkataan yang disebut itu, adakah dia nak runtuhkan pejabat Malaysiakini?

Jamal menjawab, "Saya tidak tahu, saya tidak tahu macam mana ianya runtuh, saya tidak kata runtuh, awak yang cakap."

Selepas keluar dari pejabat Malaysiakini, ketika terima temuramah dari pihak media, Jamal berulang kali menegaskan Malaysiakini mengakui terima modal dari Soros.  

Apabila ditanya wartawan, samada akan meneruskan perhimpunan di luar pejabat Malaysiakini pada Sabtu ini, Jamal pula mengatakan, "Kami tengok dulu apa reaksi Malaysiakini dalam sehari dua ini. "

sumber foto: Malaysiakini


22

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 4-11-2016 10:06 AM
Edited by nolya at 4-11-2016 10:10 AM

Sandiwara of the year betul.... tertipu bagak rakyat dibuatnya.  Kemaren baru turun dari pesawat, ditangkap, digari, kejap belakang kejap depan, hari ini dah boleh demo dah.  Hantu raya ke orang ni?  Sepatutnya demolah mgnai kenaikan minyak masak atau bantu kementerian selongkar pihak2 yg sorokkan minyak masak. Baru boleh dikatakan pejuang nasib rakyat..... Sebok demo sana-sini, tak kerja ke, tak niaga ke.
Quote asfaz 4-11-2016 10:09 AM
Semak betul jantan  x guna ni.:
Quote asyriqa 4-11-2016 10:13 AM
Nyampah betul aku nengok muka menatang nih..phuiii
Quote zidane_ziege 4-11-2016 10:34 AM
dpt duit dr soros tu hulur2 la sikit kat abg kawasan..itu pon x paham2 ke?
Quote kornea 4-11-2016 10:56 AM
Lantak la pekerja malaysiakini semua miskin hina berhutang along keliling pinggang
Quote semerbak 4-11-2016 11:14 AM
Jamal menjawab, "Saya tidak tahu, saya tidak tahu macam mana ianya runtuh, saya tidak kata runtuh, awak yang cakap."

Tak sampai seminit dia cakap ...tak mengaku pulak.
Quote sarahmirza 4-11-2016 11:14 AM
nolya replied at 4-11-2016 10:06 AM
Sandiwara of the year betul.... tertipu bagak rakyat dibuatnya.  Kemaren baru turun dari pesawat, di ...

Dia mana tau semua tu sis.
Entah2 tak tau pun petrol & minyak dah naik harga.
Tak tau kot gas masak pun bakal naik harga.
Tol pun kerajaan dah bercita2 nak naikkan.
Dia tak tau, ilmu dia tak setaraf sis..


Quote kukulangau 4-11-2016 11:22 AM
asfaz replied at 4-11-2016 10:09 AM
Semak betul jantan  x guna ni.:

am just about to say this but since today's friday ku kemam saja kata2 tu
Quote ramaramu 4-11-2016 11:27 AM
semak tul la hanat ni!
Quote zidane_ziege 4-11-2016 11:32 AM
kornea replied at 4-11-2016 10:55 AM
Dapat duit dari soros ? Lu nyanyok ka?

lu bodoh ka tak sekolah?

Selepas keluar dari pejabat Malaysiakini, ketika terima temuramah dari pihak media, Jamal berulang kali menegaskan Malaysiakini mengakui terima modal dari Soros.  
Quote ChildrenOfBodom 4-11-2016 11:49 AM
bunch of lowlife pigs
Quote pyropura 4-11-2016 12:03 PM
kalau MK dapat fun ding dari China kuminis, gimana?
Quote nolya 4-11-2016 12:11 PM
sarahmirza replied at 4-11-2016 11:14 AM
Dia mana tau semua tu sis.
Entah2 tak tau pun petrol & minyak dah naik harga.
Tak tau kot gas ma ...

Ikut memikirkan masalah semasa sebenarnya tak memerlukan ilmu yg khusus tetapi adalah kesedaran dan kepekaan.  Ilmu yg tinggi pun kalau kecerdikan tidak digunakan dan alimya tidak di tempat, itu semua tak akan membantu menyelesaikan masalah.  Nak demo tak perlukan skrol sijil pelbagai tetapi nak menjadi seorang pejuang, harus miliki roh dan iktikad yg baik sbg seorang pemimpin yg boleh disegani.
Spt yg sudah ditunjukkan oleh dato' Jamal Sekincan, di mana harus sebenarnya dia meletakkan harga dirinya sbg seorang yg ada gelaran?  Layakkah dia mempamerkan lagak bak seorang samseng dan provokator. Sudah benarkah cara dia beraksi shnga menimbulkan rasa benci dan menyampah orang ramai terhadap diri dia. Apa perjuangan sebenar yg mau dia buktikan: sbg seorang pemimpin untuk diperlihat jasa baktinya, mudah2an ada peluang pada PRU akan datang?  Riak ikan di air orang boleh tahu akan spesiesnya dan hari ini rakyat tak bodoh mcm dulu lagi. Orang dah boleh baca kalau udang tak lagi di sebalik batu malah tertera menghias mangkuk mi. Besarnya udang terhias indah, maharnya tentu yg sepatutan.  

Quote aHoi83 4-11-2016 12:12 PM
Ting tong dia ni. Telan pil hormon byk sgt ke?
Quote vandergooh 4-11-2016 12:45 PM
Dato seri pengedar dadah besar.... tokan besar dia ni...
Quote all4rez 4-11-2016 02:42 PM
5 oktober???
Quote -electrifying- 4-11-2016 03:49 PM
si bdoh... memalukan je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060053 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top