CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 1hb Januari 2017, KWSP Perkenalkan 'Akaun Emas'

4-11-2016 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2655| Komen: 2

Description: Berkuatkuasa 1 Januari 2017, 'Akaun Emas' akan diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli yang masih bekerja selepas berusia 55 tahun. KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang ...



Berkuatkuasa 1 Januari 2017, 'Akaun Emas' akan diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli yang masih bekerja selepas berusia 55 tahun.  


Demikian pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada taklimat media mengenai penambahbaikan Skim dan Dasar KWSP kelmarin.

Memetik laporan Bernama, Datuk Shahril Ridza menjelaskan, 'Akaun Emas' adalah sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan skim KWSP, di mana sumbangan selepas 55 tahun akan secara automatik diletakkan di bawah tabung persaraan kedua ini.

Bagaimanapun tegas beliau, pengeluaran penuh KWSP pada usia 55 tahun tidak terjejas.


"Ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun bagi memastikan mereka mempunyai simpanan persaraan mencukupi apabila mencapai usia berkenaan."

Pada masa sama, ahli yang mencapai usia 55 tahun mempunyai pilihan sama ada mengeluarkan semuanya atau terus menyimpannya manakala sumbangan baharu mereka akan dimasukkan ke Akaun Emas.

Sementara itu, pekerja melepasi usia 60 masih boleh terus menyumbang dan membuat simpanan dengan KWSP sehingga mereka mencapai usia 100 tahun untuk terus menikmati bayaran dividen.-CARI

16

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
22

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kornea 3-11-2016 06:21 PM
Bagus lah.
Quote missinpiece 3-11-2016 07:33 PM
Wajib kuar umur 60 tahun if masuk after 55? Hm. Menjaga sgt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054964 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top