CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahaya Kanta Lekap, Gadis Nyaris Buta Kanta Lekap Melekat Pada Mata

2-11-2016 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5649| Komen: 19|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Seriau dan mengerikan! Seorang gadis dari London hampir cacat penglihatan apabila bola matanya nyaris terkoyak selepas cuba menanggalkan kanta lekap yang dipakai selama 10 jam.
Seriau dan mengerikan! Seorang gadis dari London hampir cacat penglihatan apabila bola matanya nyaris terkoyak selepas cuba menanggalkan kanta lekap yang dipakai selama 10 jam.



Sumber foto: The Mirorr

Meabh sering memakai kanta lekap hingga 12 jam lamanya yang menyebabkan matanya kekurangan oksigen. Menurut laporan The Mirror, Meabh McHugh-Hill, 23, hampir buta selepas dia terkoyakkan lapisan kornea apabila cuba menanggalkan kanta lekap itu. 

Selepas hampir 10 jam memakainya, kanta lekap itu menjadi kering dan melekat pada bola matanya. Insiden itu membuat dia menderita kesakitan selama seminggu di mana matanya sangat sensitif dengan cahaya.

"Ia sangat menyakitkan dan saya tak pernah rasa sesakit seperti ini.


"Penglihatan saya masih bagus, cuma mata saya menjadi sangat sensitif.

"Saya bernasib baik kerana tidak buta dan saya kini sedar betapa bahayanya memakai kanta lekap jika mata tidak dilembapkan terlebih dahulu," katanya kepada The Mirror.

Menurut Meabh, dalam tempoh dia kesakitan, dia hanya berehat dan tidak boleh ke mana-mana walaupun ke bilik air. Hanya sedikit cahaya dari tingkap bilik air sudah cukup membuat mata saya sangat sakit.

Sebagai pengajaran dan peringatan buat semua pemakai kanta lekap, anda haruslah mengikut nasihat yang ditetapkan untuk tidak memakai kanta lekap lebih dari lapan jam.

Untuk itu, ikuti 3 tips ini bagi mengurangkan risiko bahaya kanta lekap.

1. Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.

2. Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.

3. Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata. Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.

Adakah anda tetap akan memakai kanta lekap lebih dari masa yang diperuntukan? - CARI

35

Bagus
28

Marah
25

Terkejut
35

Sedih
24

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 2-11-2016 04:55 PM
Ada kan eye drop utk tak bagi mata kering. Kalau rasa nak pakai lama, baik letak tu kat mata 2-3 kali sehari.

Tp, kalau dah selalu sgt pakai sampai 12 jam pulak tu, mmg la tak elok.
Quote Levespa 2-11-2016 04:56 PM
kena cahaya sikit pun dah sakit, pakai lah eye patch
Quote mrizumi 2-11-2016 05:47 PM
Nak pakai lens ni kena jaga skit la..xboleh lebih dr 8 jam kn..nasib baik xbuta..
Quote fishcracker 2-11-2016 05:51 PM
buat je lasik...
Quote Artemesiaa 2-11-2016 07:03 PM
Kat Malaysia pun ramai je yang ada kes sebegini
Quote nut.legacy 2-11-2016 09:43 PM
Mcmana dia bole tahan pakai lens x guna eyedrop smpi kering mcmtu...
Quote seramado 3-11-2016 06:35 AM
Bahaya gila lot
Quote idadzira 3-11-2016 08:15 AM
contact lens aku kalau dah kering dia terkeluar sendiri hehehe few times terjadi tetiba kabur je penglihatan.
Quote hatikudus 3-11-2016 12:22 PM
Aku dah lama fobia ngan menatang contact lense nih...aku redho pakai spek aje
Quote Mary_jane 3-11-2016 12:25 PM
Kalau pakai lama memang rasa kesat je mata tu especially dalam kawasan beraircond. Pakai eye drops. Skang ni plak banyak CL color2 jual kat ig. Kalau bukan direct dari optometrist tu kena lah berhati2, mata rosak awak jugak yang tanggung.
Quote hatikudus 3-11-2016 12:32 PM
Mary_jane replied at 3-11-2016 12:25 PM
Kalau pakai lama memang rasa kesat je mata tu especially dalam kawasan beraircond. Pakai eye drops.  ...

Tu la berani betul guna tak tau safety cemana...nak cantik punya pasal  merisikokan deria penglihatan
Quote hatikudus 3-11-2016 12:32 PM
nut.legacy replied at 2-11-2016 09:43 PM
Mcmana dia bole tahan pakai lens x guna eyedrop smpi kering mcmtu...

Tertidur kot....bilik ber aircond pulak tu...hmmm
Quote caramello 3-11-2016 02:36 PM
Huhu aku dlu tiap hari tdo siang dgn pakai lens..sbb mls nk pakai blk nti..scary btul
Quote mamapea 3-11-2016 02:36 PM
aku dh pakai lens 16 tahun...so far Alhamdulillah xde apa2...kalau mata rasa kering tu normal la...
aku mmg akan beli lens kt kedai spek jer...kt psr mlm atau on9 mmg aku xkan beli walaupun harga x masuk akal sbb terlalu murah...bbnu skrg pakai lens cuci & rendam dlm saline...nk pengsan aku...
Quote nut.legacy 3-11-2016 03:50 PM
hatikudus replied at 3-11-2016 04:32 AM
Tertidur kot....bilik ber aircond pulak tu...hmmm

adoii.. sakit gile kot.. i ni pn pakai 3 hours without eye drop pn dah rasa pedih and kering.. gigih g farmasi beli eyemore
Quote Ipo 3-11-2016 08:25 PM
dulu pernah pakai contact lens..
memang mudah kering..mata jadi merah..dah jadi macam mata garfield
pagi2 naik lrt nak pergi kerja..pakai spek mata hitam...nak cover mata bengkak
habis semua pandang
Quote eenhemo2 3-11-2016 10:06 PM
Kakak een pernah kena infection lepas pakai contact lens. Seminggu pakai eye patch. Alhamdulillah een tak ada apa2 masalah. Yang penting.. kebersihan kena jaga & rajin2 jumpa optometrist.
Quote Sakurahana 4-11-2016 10:58 AM
Ipo replied at 3-11-2016 08:25 PM
dulu pernah pakai contact lens..
memang mudah kering..mata jadi merah..dah jadi macam mata garfield ...

Betul sangat. Tahan sampai 7 bulan je pakai. Dah tak sanggup la. Mengganggu keje jugak kadang2. Sbb balik keje tak tntu masa. Kdg2 kene stay back kat opis.
Quote RatuDunia94 4-11-2016 12:18 PM
Iols pernah masa zmn study dulu pakai lenses sampai tertido sbb ngantok sgt.. Nsb terlelap dpm 5 jam mcm tu.. Tp masa tersadar tu mmg sakit mata rasa ada benda mengeras mata.. Nasib x ape2..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.178815 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top