CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tragedi Keluarga: Dua Beranak Maut Dirempuh Go Kart

26-9-2016 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4397| Komen: 7

Description: Menurut laporan Bernama, dua beranak maut akibat dirempuh oleh kenderaan go-kart ketika sedang menyaksikan Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARACE) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota ke ...
Oleh : TS Loo


sumber foto: Berita Harian


Menurut laporan Bernama, dua beranak maut akibat dirempuh oleh kenderaan go-kart ketika sedang menyaksikan Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARACE) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota kelmarin.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali mengesahkan seorang bapa, Izwan Isa, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya Siti Zulaikha, 4, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Seorang lagi anak Izwan, Muhammad Izz Danial, 7, yang tercedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

Dalam kemalangan jam 11.30 pagi itu, Izwan yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Gebeng, bersama isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan dua anaknya itu serta beberapa penonton lain difahamkan menyaksikan perlumbaan dalam kawasan 'line race' dengan hanya dipisahkan oleh penghadang plastik.


Kesemua mangsa dilaporkan tidak sempat melarikan diri apabila go-kart itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebahagian daripada mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, Supt Mohd Noor Yusof Ali memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut dan salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.

Contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah  Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan. - CARI

sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/

sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/
sumber foto: http://www.mynewshub.cc/



9

Bagus
17

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 26-9-2016 10:03 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Quote Siputjelly 26-9-2016 10:14 AM
memang kena lah penganjur. safety tuk penonton takdak. ada pakai penghadang plastik je. benda tu dah lah laju gila. aku ada video tapi tak reti nak tepek sini
Quote HannahMontana 26-9-2016 10:16 AM
sebab tu org kata jgn seronok sgt ,kena beringat.
Quote akusukaq 26-9-2016 11:19 AM
thread dah lama ada
Quote lavabulan10 26-9-2016 11:21 AM
bahlol sepet reporter ni......sepet iq sampah boleh jadi reporter cari boleh jadi mod cari.





Quote irwansuhadi 26-9-2016 03:42 PM
lavabulan10 replied at 26-9-2016 11:21 AM
bahlol sepet reporter ni......sepet iq sampah boleh jadi reporter cari boleh jadi mod cari.

kenapa marah sangat?
Quote FanTasyCreaTioN 26-9-2016 03:48 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1016797&extra=&page=1

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.192069 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top