CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Lampu Isyarat: Setengah Juta Saman Dikeluarkan Di KL

11-4-2016 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6180| Komen: 24

Oleh Adib Za

Kesalahan tidak berhenti di lampu isyarat dilihat semakin meningkat pada tahun ini dan tahun lepas sahaja mencatatkan hampir setengah juta saman dikeluarkan. Ia adalah untuk pengguna di sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk sepanjang tahun lepas. 


Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, daripada 491,479 saman itu, sebanyak 78 peratus kesalahan dikesan melalui Sistem Pengawasan Kamera Lampu Isyarat Merah (RLSC) yang dipasang di 17 persimpangan 'kawasan panas' manakala 22 peratus lagi dikesan secara langsung oleh anggota trafik bertugas.

"Saman akibat kesalahan sama dari Januari hingga Mac tahun ini juga meningkat sebanyak 29 peratus di mana 142,039 saman direkodkan berbanding hanya 110,021  dalam tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, sebanyak 51 kemalangan berpunca daripada kesalahan melanggar lampu isyarat merah dicatatkan sepanjang tahun lalu manakala 11 kemalangan dengan satu kematian dilaporkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini. - CARI Infonet



Sumber: Bernama

(Sumber foto: Msar Online)


13

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-4-2016 09:11 AM
Selama 6 tahun memandu belum pernah kena saman langgar lampu isyarat lagi
Quote crossfire 11-4-2016 09:15 AM
lampu isyarat tu usah citerlah, KUNING saja, siap nak pecut...bukan nak slow stop...lagi tekan minyak adalah.

UMMAH SUNNI KAPRUT Malaysia memang susah nak bersivik ketika berada di jalan raya.

tak caya tengok saja, yg ikut emergency lane, pagi atau petang.

UMMAH Nie elok dihimpit lori humban ke longkang.
Quote FARRAZOOL 11-4-2016 09:21 AM
wahhhhhhhh
Quote gaara_X 11-4-2016 09:23 AM
nak sedap....cuba pasang aes kat trafik light.....sure bersopan santun....
Quote noor2 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.
Quote tungkai 11-4-2016 09:27 AM
Bukan lebih ke?
Quote myoujin 11-4-2016 09:27 AM
Byk motor langgar lampu merah..
Quote AbukRokok 11-4-2016 10:35 AM
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.

Itulah noor
bila nampak lampu dah kuning kat depan belakang kita pula ada berderet kereta..tgh bawak sederhana pun rasa cuak gak tgk belakang
kne tgk juga kelajuan kereta belakang mencucuk ke x.

Quote noor2 11-4-2016 10:41 AM
AbukRokok replied at 11-4-2016 10:35 AM
Itulah noor
bila nampak lampu dah kuning kat depan belakang kita pula ada berderet kereta..tgh ba ...

Tu la...kena hentak kejap hari tu..bila noor keluar tanya "apasal.langgor keta saya?".....dia pulak.tegur kita..."apasal.awak stop tiba2.?"..
Aihhh....kita jawab balik.." awak.x nampak ke lampu merah?....pastu dia minta maaf...tanya nk kena bayor berapa...hehe
Quote mak_wa95 11-4-2016 07:54 PM
langgar lampu merah..eksiden sekali baru tau...
Quote teruterubozue 11-4-2016 09:01 PM
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.

Senaseb lah kita
Quote clarizsa 11-4-2016 09:13 PM
Erk... aritu i naik moto kul 3pagi.. tpksa lggar lmpu merah sbb xde sape lalu pun.. i sorg je.. seram tggu hantu lalu..

Pstu siang awal pagi.. terpksa gk lggr sbb motorist lain gila berpusu xmo stop..klu i tiba2 sorg stop ctu mmg mengundang celaka la.. dhla bawa anak..

Harap2 la xde kna saman.. sedihla.. hmm
Quote Jajabeans 11-4-2016 09:18 PM
Moto je salu langgar pantang npk line clear je trus redah lampu merah. Bak kata kwn aku, lampu merah dicipta utk bg laluan kt kereta lain. Kalau xde kereta lalu, redah ajela buatpe nk benti melangut mcm org bodoh.
Quote Rose1982 11-4-2016 10:46 PM
Selalu langgar lampu merah around 4.30am to 5.00 am every Sundays. Line clear masa tu..
Quote Artemesiaa 11-4-2016 11:19 PM
Bila abam trapik tak de ramai main belah je tak ikut lampu insyarat
Quote TuntungReturn 11-4-2016 11:31 PM
aku x taw knp org malaysia bila lampu kuning mesti tekan minyak lagik laju. tpi aku pun setakat ni x langgar lampu merah lgik la walaupun 2,3 pagi keta xde. bukan pa saman langgar lampu merah rm300 rugi je bayar kt gomen rm300. baik aku pi beli makanan.  kene masok mahkamah rsenye. leceh lgik.
Quote shamsadis 12-4-2016 12:23 AM
Peraturan jalan raya pun tak mahu ikut, gebang hudud ke hulu ke hilir
Quote little_sis 12-4-2016 12:31 AM
aku penah eksiden kena langgar dek motor yg langgar lampu merah, tapi penunggang motor tu x sedar diri betul.. aku lak yg dimarahnya.. mmg %%%^$$##@# sgt aaa...
Quote Aizuzu 5-5-2017 06:42 PM
Tula smua kalot. Lampu kuning Dah pecut

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060263 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top