CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2213|Reply: 7

Tragedi Keluarga: Dua Beranak Maut Dirempuh Go Kart

[Copy link]
Post time 26-9-2016 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS Loo



sumber foto: Berita Harian



Menurut laporan Bernama, dua beranak maut akibat dirempuh oleh kenderaan go-kart ketika sedang menyaksikan Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARACE) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota kelmarin.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali mengesahkan seorang bapa, Izwan Isa, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya Siti Zulaikha, 4, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Seorang lagi anak Izwan, Muhammad Izz Danial, 7, yang tercedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.


Dalam kemalangan jam 11.30 pagi itu, Izwan yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Gebeng, bersama isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan dua anaknya itu serta beberapa penonton lain difahamkan menyaksikan perlumbaan dalam kawasan 'line race' dengan hanya dipisahkan oleh penghadang plastik.


Kesemua mangsa dilaporkan tidak sempat melarikan diri apabila go-kart itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebahagian daripada mereka.


Memetik laporan Sinar Harian, Supt Mohd Noor Yusof Ali memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut dan salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.


Contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah  Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan. - CARI



sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/



sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/

sumber foto: http://www.mynewshub.cc/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 10:03 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
memang kena lah penganjur. safety tuk penonton takdak. ada pakai penghadang plastik je. benda tu dah lah laju gila. aku ada video tapi tak reti nak tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:16 AM | Show all posts
sebab tu org kata jgn seronok sgt ,kena beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
thread dah lama ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 11:21 AM | Show all posts
bahlol sepet reporter ni......sepet iq sampah boleh jadi reporter cari boleh jadi mod cari.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2016 03:42 PM | Show all posts
lavabulan10 replied at 26-9-2016 11:21 AM
bahlol sepet reporter ni......sepet iq sampah boleh jadi reporter cari boleh jadi mod cari.

kenapa marah sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 03:48 PM | Show all posts
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1016797&extra=&page=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.092699 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list