CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Keli Jingga Keemasan Terperangkap Dalam Bubu

22-4-2016 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14664| Komen: 27

Description: Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.


Oleh : TS LOO


Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.

Katanya, sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna jingga keemas-emasan malah penemuan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.

“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.



Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding keli biasa.

Didorong perasaan ingin tahu, dia memberanikan diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang untuk dikongsi bersama penghuni rumah panjang mereka.

“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas."

Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.




Menurut Apai Rickey, ikan keli itu bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter.

Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, dia memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka.

“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.

Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik tersebut, beberapa penduduk Cina dari Sarikei datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak.

“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan. – CARI Infonet





29

Bagus
38

Marah
19

Terkejut
32

Sedih
13

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AisyDani13 22-4-2016 03:08 PM
cer g pajak gadai, berapa leh g.. hehehe
Quote zulka 22-4-2016 03:14 PM
cantik....
Quote de_ikea 22-4-2016 03:27 PM
Wah hebatnya ciptaanNya
Quote zameyla 22-4-2016 03:28 PM
Jual je la pak cik kat cina2 tu....
Quote Rainrein 22-4-2016 03:29 PM
Cantiknye kaler dia.
Quote stars83 22-4-2016 03:34 PM
TT ni duduk dlm gua ke apa.tred pasal keli ni pernah ada dlm porem ci ni..
Quote Nokiaman 22-4-2016 03:41 PM
Awat nk kecoh bagai...
Melayu ni mmglaaa spesis bangang..
Da kaler camtu apa mo kecoh...
Org nk beli juallaah...
Bodoh
Quote Lollipop111 22-4-2016 04:28 PM
jelmaan kot...
Quote dondangdendang 22-4-2016 04:53 PM
keli albino
Quote eizarz 22-4-2016 05:38 PM
try kacuk ngan keli hitam..warna ape yg kluar...bleh buat bisnes
Quote UmbrellaCorps 22-4-2016 07:31 PM
Nokiaman replied at 22-4-2016 03:41 PM
Awat nk kecoh bagai...
Melayu ni mmglaaa spesis bangang..
Da kaler camtu apa mo kecoh...

eh engkau yang bodoh kan.. tu kaum dayak le wei.. bukan melayu...
Quote red_cattleya 22-4-2016 08:42 PM
cantiknya..mungkin dia membesar dan berenang2 bersama longgokan emas kt bwh sungai tu..siapa tahu
Quote drivethru 22-4-2016 11:13 PM
Dah mcm keli kena lumur dgn kunyit. Tunggu nak goreng jer.
Quote aziz79 23-4-2016 04:32 PM
keli limbat?
Quote aleesyasofia 24-4-2016 04:34 PM
cantiknya.. boleh makan tak keli warna nie?
Quote espri6006 24-4-2016 04:44 PM
UmbrellaCorps replied at 22-4-2016 07:31 PM
eh engkau yang bodoh kan.. tu kaum dayak le wei.. bukan melayu...

mmg spesis bodo kot dia tu....tak reti baca kot. Memanglah pelik kan keli warna macam tu.
Quote antagenaiz 25-4-2016 02:26 PM
biasa jek nih..
Quote CrowneGlory 25-4-2016 04:31 PM
"Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, ...." bagusnya dh tua bangka pun dgr nasihat bapa..mesti anak manja ni..

apapun tgk ikan ni buat aku teringat citer awang keniot jer ep. ikan patin
Quote delisha09 25-4-2016 10:25 PM
cantiknya ikan ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.068735 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top