CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kumpulan Spin Buat Comeback, Tampilkan Adik Achik Sebagai Vokalis Baru

2-2-2016 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12631| Komen: 29

Description: Kumpulan Spin bukanlah satu nama baru di dalam dunia hiburan tempatan. Antara lagu popular dari kumpulan ini adalah seperti Mengusung Rindu

Oleh : Dean BZ


Kumpulan Spin bukanlah satu nama baru di dalam dunia hiburan tempatan. Antara lagu popular dari kumpulan ini adalah Mengusung Rindu yang dinyanyikan oleh Achik.

Semenjak vokalis mereka iaitu Achik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya LEKAS pada 2010, kumpulan ini bagaikan menyepi untuk jangka masa yang agak lama.

Menurut laporan Berita Harian, kumpulan itu kini sepakat memilih Awis (adik Achik) sebagai vokalis baru kumpulan mereka. Pemilihan Awis sebagai vokalis selepas mereka mengadakan sesi uji bakat yang menyaksikan beliau antara dua calon akhir mereka. 


"Bukan mudah untuk kami meneruskan perjuangan kumpulan ini selepas ketiadaan Achik. Agak sukar sebenarnya untuk kami mencari vokalis baharu selepas kematiannya. 

"Kami cuba mencari semangat lama kumpulan ini. Untuk meneruskan perjuangan, kami mengadakan sesi uji bakat secara tertutup untuk mencari vokalis bersesuaian. Ramai yang datang menghadiri uji bakat, tidak kurang juga yang menghantar demo masing-masing. "Selepas saringan dibuat, hanya dua penyanyi layak ke peringkat akhir dan seorang daripadanya ialah adik Achik sendiri. Akhirnya, kami sepakat memilih Awis sebagai vokalis baharu". - kata pemain gitar merangkap ketua kumpulan itu, Aie.


Awis turut memberitahu adalah tidak adil untuk peminat membandingkan mereka berdua kerana suara Achik lebih nyaring dan lunak manakala vokalnya dikategorikan sebagai serak basah. 

Single terbaru kumpulan Spin berjudul Sakitnya Terpanah telah dilancarkan di The Ballroom, Nu Sentral semalam. Lagu single yang dirakam pada September tahun lalu itu adalah ciptaan sepenuhnya Aiman atau lebih dikenali sebagai Zul 2 By 2. - CARI Infonet.




Sumber dan foto - bharian.com.my

16

Bagus
5

Marah
27

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jin_lampu 2-2-2016 10:27 AM
aku baca sekali imbas aku ingak kokspin buat comeback...
Quote JENABREJAM89 2-2-2016 10:35 AM
jin_lampu replied at 2-2-2016 10:27 AM
aku baca sekali imbas aku ingak kokspin buat comeback...

hahahahaha , baik lah dia back ke kazakhstan dari dia buat comeback . lagi #hatersbersatu suka .
Quote khairulazuan 2-2-2016 10:53 AM
spin terbaek


Quote chinta89 2-2-2016 10:54 AM
jin_lampu replied at 2-2-2016 10:27 AM
aku baca sekali imbas aku ingak kokspin buat comeback...

amboi ko sampai bgtu sekali teringat kokping sambal caras bapak samballll
Quote merahrose 2-2-2016 11:49 AM
wartawan cari ni bru kuar gua ke.
2 3 thread ari ni crta lama..
Quote MH37O 2-2-2016 12:08 PM
sesuai jadi buruh kontrak buat rumah je muka camni...
Quote kiyudi 2-2-2016 12:32 PM
perlu ke nk kambek2.....xyah laa....
Quote misscendol 2-2-2016 12:53 PM
Ape salah cari rezeki yedokkk. Cube nasib
Quote Jajabeans 2-2-2016 01:19 PM
Mcm kelakar je.. buat audition tapi last2 pilih adik achik sendiri.
Quote supernaturalee 2-2-2016 01:50 PM
Jajabeans replied at 2-2-2016 01:19 PM
Mcm kelakar je.. buat audition tapi last2 pilih adik achik sendiri.

nmpklh sikit usaha kt situ
sungguhh punnn





Quote BelovedTaeyeon 2-2-2016 02:14 PM
Tak lama la ni.

Mana laku dah skang group2 camni

Mengotor jer
Quote Bucebelajar 2-2-2016 02:17 PM
Adik Achik vokalis merdunye
[YOUTUBE]-Va5MAmQ3Mw?autoplay=1[/YOUTUBE]
Quote c===8 2-2-2016 02:40 PM
amik aura kebangkitan siti nordiana ni
Quote miyamiyo 2-2-2016 02:42 PM
Ni bukan pernah ada ke thread cerita yang sama sebelum ni?

Quote azliela 2-2-2016 03:02 PM
sendu jah..
Quote biozipstar 2-2-2016 03:42 PM
JENABREJAM89 replied at 2-2-2016 10:35 AM
hahahahaha , baik lah dia back ke kazakhstan dari dia buat comeback . lagi #hatersbersatu suka .{: ...

ritu aku tengok rancangan kat kazakhstan ni.. ramai nomad kat sana tapi maju. tapi kenapa kokspin dok sana x maju? hehe
Quote JENABREJAM89 2-2-2016 04:01 PM
biozipstar replied at 2-2-2016 03:42 PM
ritu aku tengok rancangan kat kazakhstan ni.. ramai nomad kat sana tapi maju. tapi kenapa kokspin  ...

dia duk mana2 pun xkan maju kalau perangai dia macam gitu .

Quote doubleA 2-2-2016 04:16 PM
good luck! bukan senang nak comeback, sebab nak taknak, pendengar still akan compare.

dah dengar lagu tu, biasa sket, kurang kick, tapi kalau lama2 dgr ok kot.
Quote tootii 2-2-2016 04:19 PM
asal lagu sedap didengar .. blh jadi siulan hari2.. kira ok la tu ..

apa2 pun rindu arwah Achik .. Al Fatihah..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068126 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top