CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rizab Tabung Haji Sudah Negatif - Gabenor Bank Negara

26-1-2016 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36561| Komen: 283

Description: Seramai kira-kira 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini tidak akan mendapat dividen jika tindakan penyelesaian segera tidak diambil......

Oleh : Dean BZ


Seramai kira-kira 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini tidak akan mendapat dividen jika tindakan penyelesaian segera tidak diambil berikutan paras rizab Lembaga Tabung Haji telah negatif, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar.

Memetik laporan themalaysianinsdider, dalam satu surat bertarikh 23 Disember , Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Mengikut Seksyen 22 Akta Tabung Haji, menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas dan Lembaga itu juga mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat.- CARI Infonet.





11

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 26-1-2016 08:08 AM
sebab tu la kalu GLC2 ni..usah bagi kat org2 umno...depa semua lulusan SRP dan SPM sahaja
Quote Simunggu 26-1-2016 08:08 AM
walau mcm manu pun tahun ini pasti org berebut nak naik haji juga....waiting list masih lagi 30-40 thn...
Quote noor2 26-1-2016 08:09 AM
Betui ka tajuk ni....hehe malas nak baca
Quote ifanonline 26-1-2016 08:10 AM
Simunggu replied at 26-1-2016 08:08 AM
walau mcm manu pun tahun ini pasti org berebut nak naik haji juga....waiting list masih lagi 30-40 t ...

ditakuti kos haji akan meningkat sebab TH dah tak bleh subsidize travel and logistics...

Quote atira 26-1-2016 08:10 AM
FB tabung haji setelah dihencap ummah

Official : Lembaga Tabung Haji17 hrs ·





Assalammualaikum,
Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.
Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.
Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.
Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.
Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji




Quote LoveSungmin 26-1-2016 08:10 AM
Wow! Baru plan nak simpan duit bonus dlm TH.. Tapi nampak gaya kena simpan kat tempat lain la ni.. Huhu..
Quote kucen_miang 26-1-2016 08:11 AM
motif avatar? bangga ke dpt bukak aib org. bapak keje apa sampai terkutuk gini perangai anak?
Quote ifanonline 26-1-2016 08:14 AM
Edited by ifanonline at 26-1-2016 08:17 AM

Bank Negara beri amaran, paras rizab Tabung Haji negatif                                                                                                                                       
OLEH ANISAH SHUKRY
                                                                        
Published: 26 January 2016 6:56 AM  
               
                                                                                                                                                                                                
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.

Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.      

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.
                                                                                                                                                                                       
Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.     
   
Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.

Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.


Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".

Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.

Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.

"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.

Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.

Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.

Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.

Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.

Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman.

Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikhpengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”

Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.

Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik suratsama hari ini.

Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila  membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya. – 26 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.DQ3oAWph.dpuf

Quote AbukRokok 26-1-2016 08:17 AM
malaysia lingkup sana sini dibawah najib
Quote AbukRokok 26-1-2016 08:17 AM
lantik  lg mat rempit
Quote ifanonline 26-1-2016 08:19 AM
AbukRokok replied at 26-1-2016 08:17 AM
malaysia lingkup sana sini dibawah najib

duit yg boleh di samun adalah TH, PNB, KWSP, KWAP, LTAT...habis duit simpanan rakyat...
Quote sashin 26-1-2016 08:19 AM
sashin ada simpan..half kat TH,, half lagi kat ASB
pasrah..tapi masa menyimpan tu tak fikir sangat pun bab deviden ni..mmg nak menabung nak pi haji ja

aper2pun ..hope TH tak guna duit kami utk benda2 yg mmg tak patut la (contoh nya nak tolong pak ajib ka) kami tak halalkan nahhhhhhhhh
Quote ifanonline 26-1-2016 08:20 AM
sashin replied at 26-1-2016 08:19 AM
sashin ada simpan..half kat TH,, half lagi kat ASB
pasrah..tapi masa menyimpan tu tak fikir san ...
Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila  membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
ini jawapan kpd persoalan anda...

Quote qronaldo7 26-1-2016 08:27 AM
kemon TH kasi menten 6%
Quote lurve82 26-1-2016 08:32 AM
lepas ni simpan bwh bantal jah...
Quote balqishku 26-1-2016 08:37 AM
ada sorg kenalan di bank negara dah keluarkan semua simpanan dlm TH thn lps. duit digunakan utk beli tanah di kg. ekceli katanya Th boleh je beri dividen yg tinggi pd pendeposit, tp tu lar kan semuanya di kontrol oleh gomen. tp itu dulu ler, skrg nih dgn keadaan ekonomi yg teruk berapa je TH boleh bg dividen. kita tungguuuu
Quote skinsandstars 26-1-2016 08:39 AM
Good luck tabung haji kalau betul cita ni.
Quote ifanonline 26-1-2016 08:40 AM
balqishku replied at 26-1-2016 08:37 AM
ada sorg kenalan di bank negara dah keluarkan semua simpanan dlm TH thn lps. duit digunakan utk beli ...

apabila ahli politik mengurus dana...ini lah jaidnya...

Quote sambaldurian 26-1-2016 08:42 AM
Sbb tu la ak x caya pengerusi th ni, ak xkisah klu pas spm mmg start keje dr bwh, ni experience keje finance xde, takat cium tgn dpt jd pengerusi.

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top