CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Nasi Kandar Line Clear Akur Kosongkan Premis Di Penang Road

23-1-2016 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8680| Komen: 30

Description: Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear bermula apabila MPPP memberi lesen kepada
Oleh Izzah Abbasy

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Georgetown memutuskan menolak permohonan semakan kehakiman oleh Abdul Hamid yang juga pengendali semasanya bagi membatalkan keputusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2014.



Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah berkata MPPP mempunyai budi bicara dan kuasa mengikut Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga itu berdasarkan sistem penggiliran.


Pemilik restoran nasi kandar popular Line Clear, Abdul Hamid SN Seeni Pakir akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi George Town, Khamis lalu yang memberi tempoh tiga minggu kepadanya untuk mengosongkan premisnya di Penang Road.

Beliau mewakili 12 keluarga asal SN Seeni Pakir dan SN Sekandar berkata, mereka sekeluarga juga akur keputusan mahkamah yang mengarahkan sistem penggiliran bagi mengendalikan restoran berkenaan dilaksanakan.

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear bermula apabila MPPP memberi lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan anggota keluarga lain.

Menurutnya, beliau sekeluarga berterima kasih dan redha dengan keputusan mahkamah itu.

Dalam kenyataan itu, Abdul Hamid turut mengumumkan pembukaan cawangan pertama Restoran Line Clear di Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi pada 30 Januari ini. - CARI Infonet 

Kredit : Astro Awani

5

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
24

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 23-1-2016 10:56 AM
x paham ar ... sistem pengiliran??? maksudnya???

Quote tagas 23-1-2016 11:01 AM
Diz is da best decision


Let da biz go jelah..dah ade branch baru pun

lebih selesa dari tempat lama

rezki ade di mana2

biz nye hal pun smpai nak gaduh hingga putus

talian sesama ahli saudara

pd hal yg direbutkan bkn nye premis restoran pun

tp lorong tepi bangunan lama tempat

senang kotor tikus2 membiak2
Quote akies 23-1-2016 11:33 AM
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi kandar tu biasa2 je.. Tak taula pesal ramai sgt suka
Quote atekome 23-1-2016 12:40 PM
Rasa biase2 je dan kotoq..tk tahu npe org ske pi..mcm dlu nasi lmak antrabgsa yg tk sdp tuh..
Quote qronaldo7 23-1-2016 02:37 PM
Tutup je. Setel
Quote Tok_Batin 23-1-2016 02:53 PM
Edited by Tok_Batin at 23-1-2016 02:56 PM
MissNigga replied at 23-1-2016 10:56 AM
x paham ar ... sistem pengiliran??? maksudnya???

Gini yg saya tahu

Restoran ini dimulakan oleh 3 beradik terlibat berpuluh tahun dahulu (mereka ada adik yg ke-4 tapi tidak terlibat dalam bisnes restoran ni)

Selepas berpuluh tahun restoran ini diwarisi oleh 3 sepupu (keturunan daripada 3 beradik terlibat tadi), si Hamid ni sepupu mereka keturunan dari adik ke-4 (yg tidak terlibat dulu). 3 sepupu ini mengusahakan secara bergilir setiap tahun

Si Hamid ni memohon kepada 3 sepupunya untuk diberikan giliran jugak walaupun dia bukan daripada keturunan pengasas. Dan dibenarkan oleh 3 sepupu bertiga ini dan bukan setahun sahaja seperti mereka tapi 2 tahun (kerana kasihan kot??)

Bila gilirannya tamat, si Hamid tidak mahu passing restoran kepada yg bertiga pula. Mahu lebih lama sebab katanya selama berpuluh tahun dia tak ada giliran

Yg bertiga ni serahkan kpd mahkamah, mahkamah pula menghalau si Hamid sebab lesen atas nama yg bertiga tadi. Si Hamid buka cawangan di KL.
Quote incrossroad 23-1-2016 03:02 PM
Main rebut2 kedai tepi lorong  sampai masuk makhamah, mesti banyak untung punya
Quote zamzarai 23-1-2016 04:00 PM
akies replied at 23-1-2016 11:33 AM
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi ka ...

Syok tengok tikus.
Quote dino 23-1-2016 04:03 PM
Tok_Batin replied at 23-1-2016 02:53 PM
Gini yg saya tahu

Restoran ini dimulakan oleh 3 beradik terlibat berpuluh tahun dahulu (mereka  ...

la azabny perangai...
Quote akies 23-1-2016 04:15 PM

Tikuss?? Uwekkk
Quote MissNigga 23-1-2016 04:20 PM
Tok_Batin replied at 23-1-2016 02:53 PM
Gini yg saya tahu

Restoran ini dimulakan oleh 3 beradik terlibat berpuluh tahun dahulu (mereka  ...

owh ... alkisahnya .... tenkiu sebab bagi pencerahan
boleh pulak yang sorg tu berperangai cengitu ...

Quote bluehedgehog 23-1-2016 04:34 PM

janji ada cop halal la
Quote zamzarai 23-1-2016 04:39 PM
bluehedgehog replied at 23-1-2016 04:34 PM
janji ada cop halal la

Yelah.sampai tikus main kat situ pun xpa.sbb halal.
Quote mak_wa95 23-1-2016 05:10 PM
tamak........
Quote cmf_premierleag 23-1-2016 06:31 PM
Hang bukaklah 10 cawangan pun..meols x kan makan nasi kandar..not my taste
Meols lg rela pi temerloh makan ikan patin + nasi putih panas + telur dadar + limau ais
Quote mimieedz 23-1-2016 06:54 PM
meolll pun heran ..napelah..restoran membela tikus mok mok...yg berlari lari main teng teng masa kau tgh makan ni boleh org suke,...dah la rasa hauk je...RAIHAN shah alam lg power kott...[img][/img]
Quote krustykrab 24-1-2016 09:11 AM
Dh tau kotor pun masih lagi yg duk makan
Quote melinda_kerr 24-1-2016 10:25 AM
akies replied at 23-1-2016 11:33 AM
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi ka ...

Betul tk sedap manapun. Busuk pulak tempat tu. Tk thu Kenapa ramai yg gila sgt
Quote adm7 24-1-2016 10:41 AM
mimieedz replied at 23-1-2016 06:54 PM
meolll pun heran ..napelah..restoran membela tikus mok mok...yg berlari lari main teng teng masa kau ...

Raihan shah alam tu kat mana restoran baru dia? Dulu ada bukak kat shop lot sebelah poli shah alam tu kan?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.072568 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top