CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM - Peguam Negara

26-1-2016 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5977| Komen: 34

Description: Jabatan Peguam Negara berpuas hati kerana hasil siasatan menunjukkan tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri,

Oleh : Dean BZ

Foto : bharian


Jabatan Peguam Negara berpuas hati kerana hasil siasatan menunjukkan tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Berita Harian, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media sebentar tadi, mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup. Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan termasuk satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion). "


Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan. 

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya. 


Terdahulu, Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan satu kenyataan yang melaporkan para penyiasat Malaysia telah mengesan hampir AS$700 juta deposit duit 1MDB di dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. - CARI Infonet.



Sumber - BeritaHarian

5

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzarai 26-1-2016 12:00 PM
ok.....   
Quote nikaido 26-1-2016 12:01 PM
Berapa byk thread najib suci ni nak bukak
Quote bluehedgehog 26-1-2016 12:06 PM
licinnya jilat ag ni
Quote gaara_X 26-1-2016 12:14 PM
kerana terlalu suci laa...banyak kena buka kot...hihkhihkkk
Quote Emperor95 26-1-2016 12:21 PM
Oklah sekiranya begitu.
Quote kenarikelabu 26-1-2016 12:27 PM
Baik lah.
Quote LadySha 26-1-2016 12:29 PM
Amboi ni kipas jurus ke brapa ni....
Quote mattzzx 26-1-2016 12:34 PM
yeke???.....
Quote Thuglife 26-1-2016 01:04 PM
bgs la.. kalo rakyat jelata duit lebih dr kemampuan mmg dh kene..
Quote perang_sivil 26-1-2016 01:13 PM
reporter CI selalu asterukk...
Quote bluehedgehog 26-1-2016 01:24 PM
begini la jika bekas bendahari umno jadi AG
Quote matamata 26-1-2016 01:42 PM
tak blh bg banhammer ke?
Quote atira 26-1-2016 01:45 PM
hahahah..
reporter kene cantas kedit
Quote noor2 26-1-2016 01:45 PM
Najib kira maksum la
Quote ninja boy 26-1-2016 01:50 PM
ini thread sudah ada la,
Quote bluehedgehog 26-1-2016 01:53 PM
AG Apandi Ali named as a Tabung Haji director
Quote MizzAPI 26-1-2016 02:59 PM
kalo dia,smua tak salah
Quote Modngengade 26-1-2016 03:07 PM
bangsatnya bijan ni....senang2 boleh lepas.....ada ker tok ereb yg nak sumbang sebanyak itu?  masuk aka;l kah?  awat AG dungu sgt?
Quote giyomi 26-1-2016 07:40 PM
horray jiban tak bersalah...maka muncul lah makcik syukur dgn airmata kesyahduan. Bek sgh keluarga diraja Arab ek, senang2 bagi duit sedangkan rakyat dia sendiri ramai yg merempat jual kapet kt sn.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.287624 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top