CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Isteri Minta Cerai- Pengayuh Beca Melaka Bakar Sofa Dan Barangan Dapur, Pecahkan Siling, Ugut Nak Bakar Rumah

8-6-2023 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 900| Komen: 14

Description: MELAKA – Seorang pengayuh beca didakwa di Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dan mengugut untuk membakar rumahnya gara-gara berang isteri minta cerai.
MELAKA – Seorang pengayuh beca didakwa di Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dan mengugut untuk membakar rumahnya gara-gara berang isteri minta cerai.

Tertuduh, Shah Rizal Ithnin, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut dua pertuduhan di hadapan Mohd. Sabri, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan api iaitu membakar sofa, rak pinggan dan barang dapur dengan maksud menyebabkan kerosakan terhadap isterinya, Sri Masturah Omar, 47.

Foto: Kosmo

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9 pagi di sebuah rumah di Balik Bukit, Bukit Lintang dalam daerah Melaka, 3 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Tertuduh yang bekerja sebagai pengayuh beca turut didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap mangsa sama dengan cara memecahkan siling dan tingkap di bahagian dapur dan bilik rumah pada masa, tempat dan tarikh sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding di hadapan Majistret Mazana, tertuduh didakwa telah melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya dengan maksud hendak menakutkan mangsa dengan cara mahu menyimbah petrol untuk membakar kediaman mereka.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 2.20 petang semasa berada di ruang tamu rumah kediaman tersebut pada 1 Jun lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan J. Banusha tidak menawarkan sebarang jaminan sepertimana diperuntukan di bawah seksyen tersebut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan tarikh 10 Julai ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 8-6-2023 06:17 PM
Sbb tu ka bini mintak cerai? Baran sgt...
Quote tumpanglalu74 8-6-2023 06:19 PM
Bini pon kerepot tuwe dari engko..  Ceraikan je la habes cerite.
Quote hokeypokey 8-6-2023 08:26 PM
bini ko jumpa jantan lagi mude
Quote TOPwind 8-6-2023 08:36 PM
hokeypokey replied at 8-6-2023 08:26 PM
bini ko jumpa jantan lagi mude

jumpa iron man lah = last 4 ever


Quote rosedemon 9-6-2023 08:38 AM
suka ko lahhh rmh pon rmh ko khuensss
Quote midori888 9-6-2023 08:39 AM
the more reason utk bini minta cerai....
Quote ninja boy 9-6-2023 08:49 AM
Minta cerai cakap baik2 suami tak mau jatuhkan talak pulak,  baik upah skandal bercurang 10 org terus lafaz cerai talak 3, selesai masalah
Quote pinkpunk 9-6-2023 08:50 AM
patutlah bini mintak ceraii
Quote glump 9-6-2023 08:54 AM
Bakar sofa ,bakar rumah..entah2 rumah tu pun bini punya.
Quote KamikuP 9-6-2023 09:53 AM
Mintak cerai sbb krisis kewangan ke? Mmg kesian kalau laki tu pun sumber mata pencarian dia bawak beca.. ada anak ke tak?
Quote pembacagosip 9-6-2023 09:56 AM
Edited by pembacagosip at 9-6-2023 09:58 AM

beca kat melaka mahal juga rm25
pusing2 situ je
kalau musim cuti masyukkkkk laaa
hari biasa x tahu la, mungkin pelancong asing ada kut
Quote venom1 9-6-2023 10:00 AM
usaha cari kerja lain. dengan cuaca panas, harapkan pelancong naik beca. ujung2 bini mintak cerai sebab tak cukup duit
Quote myakayina 9-6-2023 10:15 AM
nasib dia tak bunuh bini dia sbb mintak cerai..ugut nak bakar rumah je..
Quote Decaffeinated 9-6-2023 12:48 PM
apasal marah sangat.

Cerai ja lah cari bini baru. Tak kan itu pun kena ajar. Ka bini tu lawa sangat?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045894 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top