CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Dating Tapi Awek Bawa Sekali 23 Orang Saudara Mara, Lelaki Cabut Lari Bila Dapat Bil Makanan Sebanyak RM12,950

8-6-2023 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1661| Komen: 28

Description: BEIJING – Seorang lelaki di China terkejut apabila wanita yang bertemu janji dengannya turut membawa sekali 23 saudaranya ke restoran semasa mereka berjumpa.
BEIJING – Seorang lelaki di China terkejut apabila wanita yang bertemu janji dengannya turut membawa sekali 23 saudaranya ke restoran semasa mereka berjumpa.

Thaiger melaporkan, lelaki bernama Liu dari wilayah Jilin itu berkenalan dengan Zhang menerusi seorang teman yang kemudiannya mengaturkan pertemuan pertama mereka di sebuah restoran.


Liu bagaimanapun terkejut apabila Zhang tiba dengan 23 ahli keluarganya, namun lelaki itu memilih untuk bersikap mesra dan bertemu dengan mereka.

Foto: Thaiger

Bagaimanapun, ketika bertanyakan mengenai bil, Liu terkejut apabila semua hidangan yang dipesan berjumlah 20,000 yuan (RM12,950).

Kakitangan restoran memberitahu Liu bil itu tinggi disebabkan keluarga Zhang memesan rokok mahal dan minuman alkohol berkualiti tinggi.

Liu tidak mampu membayar bil itu lalu memilih untuk meninggalkan restoran tersebut.


Disebabkan itu, Zhang terpaksa membayar sendiri semua bil, namun berharap agar Liu membayar separuh daripadanya.

Liu bagaimanapun bersetuju membayar hanya 4,000 yuan (RM2,590) dan tindakan itu menimbulkan kemarahan saudara-mara Zhang yang bertindak menyamannya di mahkamah.

Mahkamah kemudian memutuskan bahawa Liu hanya perlu membayar hidangan yang dimakannya dan Zhang yang berjumlah 1,400 yuan (RM906). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 8-6-2023 06:44 PM
Mcm berita rekaan tiru filem Bujang Lapok jah
Quote Tinot7 8-6-2023 06:52 PM
Pergh.. mkn berdua pun dekat 1k..
Quote matbad 8-6-2023 07:35 PM
Apa punya musibat pnya prangai la bawak sekampung..gilakkk..buat tak bersalah plak tu p saman dia haha
Quote shernazz 8-6-2023 08:12 PM
Hahah
Memang elok pung terus blah
Kang bila dah kawen..semua pindah rumah ko Kang...pastu kena tanggung
Quote hokeypokey 8-6-2023 08:16 PM
dh elok org tu nk byr 4000, tapi mahkamah putuskan byr 1400 jer.. hahahahaha adan uke
Quote green~tea 8-6-2023 08:20 PM
So nak panggil pompuan jenis apa ni

Pisau cukur?
Opportunist?
Subtle rejection?
Violent rejection?
Quote green~tea 8-6-2023 08:20 PM
Sebenornya nak rejek jantan tak reti bahasa tu kan?
Tp going overboard

Quote tikusmontok 8-6-2023 09:01 PM
anony-mous replied at 8-6-2023 06:44 PM
Mcm berita rekaan tiru filem Bujang Lapok jah

Haah.. bawak adik beradik 13 orang, sudahnya ramli tinggal spender roti kirai
Quote Ayda89 8-6-2023 09:22 PM
Pelik2 ek spesis depa ni
Quote helicornia 8-6-2023 10:19 PM
P.ramlee dh lama kena
Quote cranell 8-6-2023 11:30 PM
ni bukan dating dah ni, ni dah pau namanya
Quote Thunderclouds 9-6-2023 12:39 AM
Deja vu.
Berbau cita recycle.
Scroll blk atas tgk kosmo.
Hmmm aje lar
Quote DeLuna85 9-6-2023 12:51 AM
Teringat jejari runcing dulu2 dating dengan apek ajak kawan2 lain sebab nak uji apa ka ntah. Baca dari blog dia. Ntah ada lg ke tak blog tu.
Quote rosedemon 9-6-2023 08:38 AM
ok la tu bwak sedara mara utk mgelakkan maksiat
Quote pencariey 9-6-2023 08:44 AM
spesis yg x patut wujud di muka bumi..x bertamadun.
Quote pokokmeranti 9-6-2023 08:48 AM
pemuda melayu sekali dating abis RM200 dah berdrama bagai.........
Quote KamikuP 9-6-2023 09:48 AM
DeLuna85: Teringat jejari runcing dulu2 dating dengan apek ajak kawan2 lain sebab nak uji apa ka ntah. Baca dari blog dia. Ntah ada lg ke tak blog tu.

Cuolls dari amnetkah? ekekekeke
Ada lagi la blog jejari runcing tu nahhhhh....http://jejariruncing.blogspot.com/
Tapi dia dah pakai tudung dulu freehair rambut takde volume .. ekekekek

Quote twins 9-6-2023 10:19 AM
ni  rasa masa member rekomen ni  member kata si Liu ni loaded kot... Zhang pun apa lagi ini lah masanya nak makan sedap2 ... angkut sekampung mai makan order mengalahkan tak makan setahun....haaa hambekk koooo kena bayar sendiri....hahahhahah
Quote eragon 9-6-2023 10:39 AM
P RAMLI dah tunjuk dari tahun 60-an lagi.
hahahahah
banyak perkara yg p.ramli tunjuk dlm movie dulu2 berlaku sekarang.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top