CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat ‘Abang Baju Merah’ Yang Sama Kasari Pekerja Restoran

8-6-2023 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 356| Komen: 1

Description: Kertas siasatan dibuka ke atas ‘abang baju merah’ yang tular mengasari seorang pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari seorang pekerja restoran di Cameron Highlands.Difahamkan ...
Kertas siasatan dibuka ke atas ‘abang baju merah’ yang tular mengasari seorang pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari seorang pekerja restoran di Cameron Highlands.

Difahamkan tindakan lelaki berusia 28 tahun itu  menampar pekerja sebuah restoran kerana tidak puas hati apabila makanan dipesannya lambat diterima.


Yahaya Othman

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kertas siasatan dibawan Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dibuka dibuka susulan laporan yang dibuat mangsa.

“Berdasarkan laporan diterima, lelaki berkenaan telah masuk ke sebuah kedai makan di Cameron Highlands dan tidak berpuas hati makanan lambat sampai sebelum mengasari seorang pekerja.

“Suspek masih disiasat pihak polis di Perak dan kita akan mengambil keterangan daripada suspek selepas ini,” katanya hari ini. 

Penyelia kilang berusia 29 tahun itu sebelum ini menunjal dan memarahi seorang wanita di Tapah ketika perjalanan menuruni Cameron Highlands.


Insiden yang berlaku berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar, Perak itu mendapat reaksi netizen termasuk seorang pengguna TikTok turut tampil mengakui menjadi saksi kejadian lelaki yang sama turut menampar seorang pekerja di sebuah restoran di Cameron Highland pada 4 Jun lalu. 

Dalam video yang dikongsi, pengguna TikTok berkenaan yang ketika itu sedang menjamu selera dengan keluarga di restoran berkenaan  melahirkan rasa kurang selesa dengan tindakan lelaki tersebut menampar pekerja restoran hanya kerana makanan yang dipesan lambat tiba. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-6-2023 06:22 PM
Terkejut bila scroll down nampak muka encik yahaya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.431972 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top