KUALA LUMPUR –Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini turut mengambil kesempatan hadir menemani anak perempuannya bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, berjaya mencipta rekod cemerlang dengan memperoleh keputusan 9A dan 2B+. Fadhlina yang sebelumnya hadir dan dilihat duduk di kerusi bersama ibu bapa yang lain bagi mengikuti pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sekolah tersebut. Keputusan SPM 2022 bagi WPKL mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.75, lebih baik berbanding SPM 2021 (4.81) dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata. Seramai 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di WPKL pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tertinggi (Gred A+), bagi semua mata pelajaran.
Ia sekali gus mencatatkan peratusan sebanyak 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar. – CARI Sumber: Kosmo
|
suterabiru123 replied at 8-6-2023 01:35 PM
iols tgok gambar dia duk kt bawah tadi...relaks je menteri duk sama2 parent
Seramai 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di WPKL pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tertinggi (Gred A+), bagi semua mata pelajaran.
dua_chzy replied at 8-6-2023 02:01 PM
Musti dia nangis sebab 2B+ tu. Hampir2 A- iya. Hapa la yang dia salah jawab.
harisbee replied at 8-6-2023 01:38 PM
kekagumanlah?
supernaturalee replied at 8-6-2023 02:29 PM
mudah terhibur, mudah kesian, mudah kagum, mudah.com
fairiza replied at 8-6-2023 06:27 AM
Kan. Xpela adala hikmahnya tu.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048438 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.