CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekali Jumpa 'Terbang' RM200-RM300, Lelaki Tak Puas Hati Kena Keluar Duit Masa Dating

8-6-2023 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3598| Komen: 108

Description: Seorang individu tampil mengkritik normalisasi lelaki perlu berkorban dan melakukan segala-galanya ketika dalam fasa mengenali seorang wanita.
Seorang individu tampil mengkritik normalisasi lelaki perlu berkorban dan melakukan segala-galanya ketika dalam fasa mengenali seorang wanita.

Lelaki itu todak berpuas hati kaum Adam terpaksa merancang dan pada masa yang sama mengeluarkan perbelanjaan untuk janji temu hanya kerana kerana ia sudah menjadi kebiasaan.



Gambar Hiasan: Getty Images

"Kisah dalam talking stage. Lelaki kena drive, tanggung duit minyak, bayar tambang tol dan lot parkir. Bayar RM50 untuk makan tengah hari dua orang.

"Bayar RM50 untuk tiket wayang dua orang. Bayar RM50 untuk makan kudap-kudap seperti kopi premium dan popcorn.

"Lepas tu bayar RM100 untuk makan malam mewah," ujar lelaki itu melalu media sosial.

Dapat dianggarkan kos untuk sehari janji temu pasangan bercinta adalah sebanyak RM200 hingga RM300.

Di ruangan komen warga maya berkata kebiasaan sebegitu perlu diubah.


"Wanita akan cakap yang ayah mereka manjakan mereka seperti permata, jadi jangan rendahkan standard untuk lelaki. Don't settle for less," katanya.

"Minta dengan lelaki benda itu ini yang mahal-mahal, kita kena bagi juga sebab katanya ayah dia boleh buat. Kalau tak bagi nanti dia kata kita tak komited untuk hubungan tu.

"Tapi dia tak sedar yang ayah dia dah kerja enam dekad, nak bandingkan dengan lelaki yang umur pun lebih kurang sebaya dengan dia," antara komen warga maya.

Netizen lain pula menasihatkan seseorang itu untuk mengenali hati budi seorang wanita terlebih dahulu sebelum mencurahkan tenaga dan wang dalam hubungan.

"Nama pun talking stage kan. Bercakap je dulu melalui perbualan atau mesej teks selama mana yang perlu, kenal dia luar dalam dan tengok boleh serasi ke tak.

"Kalau rasa sekufu baru ajak dia keluar dan berbelanja untuk dia," kata netizen.

Netizen lain pula menganggap wanita hari ini bagai sudah diracun dengan pengaruh daripada Barat yang menetapkan peraturan-peraturan baharu dalam percintaan.

"Wanita dah terjebak dengan dating style dan gaya hidup moden tetapi mahukan lelaki tradisional yang akan berkorban apa sahaja untuk dirinya.

"Untuk lelaki pula, ada je wanita yang boleh terima awak seadanya dan ada juga yang sanggup bayar separuh-separuh ketika keluar date.

"Tetapi mereka ni gadis biasa sahaja, awak dah tolak awal-awal, bukanlah seperti princess cantik high maintenance yang awak duduk terkejar-kejar tu."-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 8-6-2023 01:16 PM
dah kau yg ajar atau nak benda centu hadap je la
boleh je dating tmpt biasa2
minum kopi biasa2
makan tmpt biasa2
yg penting pompuan tu ok
kalau pompuan tu demand mcm tu yg mana kau pon x mampu atau berkira..xyah la ikut atau tak yah dating dah
itu pon payah kaaa
Quote shamsadis 8-6-2023 01:17 PM
kenapa tak cari yang lain? yang lain tak lawa ke?
Quote kepompong 8-6-2023 01:18 PM
isu semasa ?
Quote Dwdrum 8-6-2023 01:19 PM
Ko belum mampu untuk ada GF lagi dikk.... Single lebih sesuai...
Quote kepompong 8-6-2023 01:20 PM
isu semasa yg sangat pentinggg untuk dibincangkan
Quote ilacantik 8-6-2023 01:20 PM
Utk lelaki seperti ini, tolong jangan membiak please. Inikah lelaki yang akan jadi imam, ketua keluarga etc etc. Belum apa2 dah berkira, dah kawin nanti hanya jadi penderma sperma aja lah gamaknya.
Quote Bergosip 8-6-2023 01:25 PM
kenapa dating kena tengok wayang? membazir lah. no quality times. tak ada communication.


if kawasan dekat2, boleh ajak jogging/brisk walk pagi atau petang.  lepastu, makan. nampak simple, tapi akan lebih ada sesi untuk berkomunikasi/sesi mengenali.


for date, dua2 pihak kena keluarkan duit. especially, for young couple dan gaji bawah RM3000. Kalau satu pihak je yang keluarkan duit, ianya tak adil. awal2 lagi dah redflag, tak ada silap toleransi

Quote slyfynx 8-6-2023 01:25 PM
Lelaki itu todak berpuas hati kaum Adam terpaksa merancang dan pada masa yang sama mengeluarkan perbelanjaan untuk janji temu hanya kerana kerana ia sudah menjadi kebiasaan.


Adekah todak dah menyerang balik Temasek disebabkan pelawak perempuan itu?
Quote Yoonggi 8-6-2023 01:27 PM
laa... apa ni? xkan xleh fikir kot. klu x mampu, buat la cara x mampu. belanja within ur means la ngek. klu ko rasa pompuan tu demand level kygn, ko xleh meet demand dia, carik je la lain. dah kata talking stage. x perlu become someone u r not just to impress/attract ppl sbb tu being fake namanya. relationship that begins with deceit never lasts la
Quote Perawankota 8-6-2023 02:42 PM
Ukur baju badan sendiri.. Klu lelaki tu mmg berduit, ok lah.. Kalau sama2 pon biasa2 jer, tak salah kalau sama2 kuar duit. Ko bayar makan, aku bayar movie..
Time2 mcmni lah ko boleh tgk partner ko ni in future boleh tak bertolak ansur susah senang..
Pastu tak yah lah ari2 nak kuar.. Mcm tak boleh nk video call jer.
Quote green~tea 8-6-2023 02:44 PM
Rm100 utk makan malam mewah???!!!!!! Hello.. rm100 tu tony romas 2 orang makan pun tak lepas.. choy
Quote copy_paste 8-6-2023 02:44 PM
hahahaha,jgn la terus dating, berkawan mcm biasa dulu xleh ke
Quote green~tea 8-6-2023 02:46 PM
Dating pi minum2 coffee baru berapa ringgit..
apa ko tak reti makan kat food court?

Choy sangat nak berabisssss utk dating... patut lebih tekankan keserasian, bercakap boleh masuk ke tidakk..

Aku dulu2 zaman nak nge test candidate sblm diangkat jadi boypren, kalo aku tak suka dia, aku akan suggest tengok wayang je... sbb malas nak bercakap
Quote naina 8-6-2023 02:47 PM
Jangan layan perempuan ngada2 cmni
Yang nak samakan ayah dia dengan bf dia
Lepastu nanti dah kawin claim semua kerja lelaki
Perempuan mengangkang dan lahirkan anak je
Masalahnya nak kangkang pun malas
Bila laki makan luar tau plak play victim

Sepatutnya perempuan kena tau kondisi laki tersebut. Asalkan dia komited dan rajin bekerja tu oklah.
Quote naina 8-6-2023 02:50 PM
Member suami aku punya awek dulu nak dating siap berskirt pakai belt,tudung shawl pintal2, mekap. Sekali member tu pergi makan tepi jalan je kat kg baru makan singgang cicah budu. Lepastu ajak kitorang sekali plak tu.  Tau tak kedai sana tu cmne yang kenderaan lalu2 tepi meja makan je..huhu. Sampai skng kalau ingat balik lucu..
Quote Skuau 8-6-2023 02:54 PM
kt Msia jer msh camni....omputeh dh x buat bende camni...lg.
Quote Skuau 8-6-2023 03:00 PM
pasni nt kuarla:
"Lelaki Mulayu/tempatan tak romantik"
dan mulala mencari:
1.negro
2.abangla
3.pakis
4.lain2
      
Quote zonan4 8-6-2023 03:11 PM
aku dulu level naik lrt jer berdua... elok je dah jadi bini.... yg mana demand memacam aku terus cutoff sedar diri simple.... byk pompuan lain dalam dunia ni dek....
Quote kucingitam 8-6-2023 03:13 PM
dating kedai mamak je la..minum kopi tarik, teh ais cincau je dah..

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.175842 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top