Kuala Lumpur: Gara-gara berlaku pergaduhan, seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera. Menurut sumber, pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.
Katanya, perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta. "Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering 'naik tangan' apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu. "Setakat ini, wanita itu mendakwa sudah membuat sebarang laporan polis berkaitan tindakan pemain bola sepak itu," katanya.
Sementara itu, hasil pencarian Arena Metro mendapati kekasih pemain bola sepak Sabah iaitu Rizal Ghazali ada memuat naik dia dicederakan oleh individu yang disayangi baru-baru ini. Kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose memuat naik beberapa keping gambar tangannya cedera beberapa jam lalu.
|
pokokmeranti: kekasih? cium2 dahi ye. itu se ...
venom1 replied at 8-6-2023 02:41 PM
musim ramai naik tangan ke sekarang ni?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070434 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.