CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Bebas Dua Bulan, Lelaki Ditahan Sekali Lagi Miliki Pistol

4-6-2023 03:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 423| Komen: 7

Description: Tanah Merah: Seorang penebang pokok ditahan semula, semalam kerana memiliki sepucuk pistol bersama enam butir peluru.Baru dibebaskan dari penjara dua bulan lalu, suspek berusia 40 tahun ditahan di rum ...
Tanah Merah: Seorang penebang pokok ditahan semula, semalam kerana memiliki sepucuk pistol bersama enam butir peluru.

Baru dibebaskan dari penjara dua bulan lalu, suspek berusia 40 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Air Murbo, di sini jam 2.55 petang susulan laporan diterima pihak polis berkaitan suspek yang mengamuk dan mengugut mencederakan ahli keluarga.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, terdahulu, suspek dikatakan ingin meminjam motosikal milik anaknya namun tidak dibenarkan menyebabkan dia mengamuk dan mengugut untuk mencederakan ahli keluarga.

Mohd Haki Hasbullah (kanan) menunjukkan sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru turut dijumpai lima biji pil kuda dipercayai milik suspek di sebuah rumah di Kampung Air Murbo pada sidang media di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


"Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membawa beg silang yang mengandungi sepucuk pistol.

"Suspek kemudian pulang semula ke rumah dan ditahan polis. Pemeriksaan dalam beg silangnya menemui sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohd Haki berkata, suspek mendakwa pistol itu dipinjam daripada seorang rakannya sejak dua minggu lalu kononnya untuk perlindungan dari binatang buas kerana lelaki itu bekerja sebagai penebang pokok.

Katanya, turut ditemui lima biji pil kuda dipercayai milik suspek sendiri dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampethamine.

"Semakan juga mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 10 Jun bagi siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penaliti Lebih Berat 1971; Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960; Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Untuk Seksyen 8 Akta Senjata Api Penaliti Lebih Berat 1971, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih dari 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 4-6-2023 04:35 PM
Kalau setakat melindungi diri dari serangan penjenayah termasuk militan dan haiwan buas yang suka menyerang tidak mengapa..
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:12 PM
harap2 bukan @Bipolajourney .... baru bebas beberapa bulan ni dah tag2 nick orang tanpa sebab dan ganggu orang yang tak pernah kacau dia...  scary nokkk

Quote Ucop-Cunningham 4-6-2023 08:32 PM
Melindungi dari serangan haiwan, guna pistol?
Apapun, orang ada rekod jenayah lampau ni dengar boleh percaya jangan.
Quote CiliPadiSedap 4-6-2023 09:11 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:12 PM
harap2 bukan @Bipolajourney .... baru bebas beberapa bulan ni dah tag2 nick orang tanpa sebab dan ga ...

friska dah bebas tak?
Quote dudaberhias 4-6-2023 09:17 PM

ahaha belum kot... entah2 tu pun mn kekasih gelap si @Bipolajourney yang tak habis2 dengan manak dan oyo miow dia tu kat setiap thread...
Quote airfilterkotor 4-6-2023 09:18 PM
Baru minggu lepaih, koleksi 15 pucuk pistol angin... buat menembak burung dan tupai katanyehh.
Pun ada banyak rekod jenayah jugak.
Quote hokeypokey 5-6-2023 08:15 AM
cantik pistol dia, beli kt siam ler tuuu..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.339770 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top