Bangkok: Lianhe Zaobao melaporkan, tertuduh, Yu, menolak isterinya yang hamil dari tebing di Taman Negara Pha Taem pada Jun 2019. Isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an dan hamil lima bulan ketika itu, mengalami 17 patah tulang selepas terjatuh dari ketinggian 34 meter.
Mahkamah Tinggi Thailand semalam, menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan empat bulan terhadap lelaki yang menolak isterinya, empat tahun lalu. Mangsa dilaporkan terselamat, namun kandungannya tidak dapat diselamatkan. Dia ditemukan orang awam sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut laporan berita China Daily, wanita itu yang dikenali sebagai Wang mendakwa, suaminya menanggung hutang selepas berjudi.
Wang mendakwa suaminya cuba membunuhnya untuk mewarisi kekayaan dan asetnya supaya lelaki itu dapat menyelesaikan hutangnya. Sementara itu, dalam video yang disiarkan di media sosial, Wang berkata, dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Katanya, dia memfailkan perceraian bagi membina hidup baharu. Sumber: Harian Metro |
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:21 PM
kejamnyaa... harap2 bukan laki si @Bipolajourney tak pasal2 orang tu cacat kekal lepastu keje duk ga ...
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:30 PM
i ol janda 5 tahun dah.
cakap delusional chu ol marah
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049629 second(s), 34 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.