CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan 26 Wanita Warga Asing, 10 Lelaki Pada Op Noda

4-6-2023 03:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 310| Komen: 3

Description: Iskandar Puteri: Pada operasi yang dijalankan antara 2 pagi hingga 5 pagi, seramai 36 individu ditahan pada Op Noda yang dijalankan di sebuah kelab malam dekat Taman Bukit Indah di sini, awal pagi tad ...
Iskandar Puteri: Pada operasi yang dijalankan antara 2 pagi hingga 5 pagi, seramai 36 individu ditahan pada Op Noda yang dijalankan di sebuah kelab malam dekat Taman Bukit Indah di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pada operasi penguatkuasaan membabitkan aktiviti pelacuran dan pusat hiburan itu, mereka yang ditahan turut didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Operasi Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Polis Bantuan UEM Sunrise di sekitar Iskandar Puteri. FOTO Ihsan PDRM

Mereka yang ditahan terdiri daripada 26 wanita warga asing dan 10 lelaki berusia 20-an hingga 40-an.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B, Seksyen 55B dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/53 serta Seksyen 11(2) Enakmen Negeri Johor.


"Lima individu juga didapati positif dadah ketika serbuan. Dua lelaki tempatan yang juga pelanggan kelab malam berusia 30-an dan 50-an turut didapati berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah serta jenayah," katanya pada kenyataan, hari ini.

Op Noda dijalankan seiring dengan satu Operasi Bersepadu bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Polis Bantuan UEM Sunrise yang dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbiran polis daerah itu.

Menurut Rahmat, 183 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 41 kenderaan turut disita kerana kesalahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Setiap agensi yang terbabit dalam operasi ini turut menjalankan penguatkuasaan mengikut akta atau undang-undang yang diperuntukkan di bawah agensi masing-masing," katanya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-6-2023 06:21 PM
26 wanita tu adakah salah sorangnya @Bipolajourney dan dua eko lagi teman bff bercakaran sheols @oyo_miow dan @stingergrumpy

harap2 chuolsss sempat kumpul wang berkepuk2 hasil untuk bayar ikat jamin yach...

Quote Bipolajourney 4-6-2023 06:32 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:21 PM
26 wanita tu adakah salah sorangnya @Bipolajourney dan dua eko lagi teman bff bercakaran sheols @oyo ...

kalau acik porum nak tengok contoh narcissistic yang tiada identiti diri, boleh tengok ke komen diatas. Bab tag pun nak menang.
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:32 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:32 PM
kalau acik porum nak tengok contoh narcissistic yang tiada identiti diri, boleh tengok ke komen di ...

chuols reply lambat la... lemahhh...
syok sendiri pun lantak gittuh kan...
yang pasti ada ciri2 narsistik, bipolar, delusional, ego, bengap abadi...
duk cop2 orang multinick orang lepastu tag2 orang tanpa sebab....



Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.043339 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top