CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Tawar Rekaan Keranda Unik, Pilih Ikut Tema Filem Pun Boleh

3-6-2023 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 212| Komen: 0

Description: Mahu tampil berbeza daripada kebiasaan, sebuah syarikat pengebumian, Go As You Please, menawarkan para pelanggannya rekaan keranda unik yang boleh direka mengikut kreativiti sendiri.Menurut Pengurus b ...
Mahu tampil berbeza daripada kebiasaan, sebuah syarikat pengebumian, Go As You Please, menawarkan para pelanggannya rekaan keranda unik yang boleh direka mengikut kreativiti sendiri.

Menurut Pengurus besar Go As You Please, Scott Purvis, syarikat tersebut mempunyai objektif mahu mengubah perspektif orang ramai melihat kematian.



Antara rekaan keranda yang ditawarkan syarikat berkenaan.

"Ia bukan kerana tidak menghormati tetapi untuk menunjukkan kepada orang ramai apa yang boleh dilakukan dan apa yang boleh kami tawarkan," ujarnya.

Uniknya, ada keranda yang direka menyerupai gulungan sosej Greggs!

Selain itu, Go As You Please turut mereka bentuk keranda menyerupai botol wiski di samping tema filem popular seperti Star Wars, Game of Thrones, The Walking Dead, Harry Potter dan Only Fools.


Syarikat yang mempunyai cawangan di timur laut England dan Edinburgh, Scotland itu menyesuaikan kerandanya mengikut permintaan setiap pelanggan.

Purvis menambah, kebanyakan reka bentuk keranda terhasil daripada perbualan jujur ​​dengan pelanggan semasa mereka masih hidup.

Syarikat itu menggalakkan setiap keluarga untuk mereka bentuk keranda mereka sendiri selain mengambil bahagian dalam proses pembuatannya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.233108 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top