CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Hadiah Hari Lahir, Wanita Maut Makan Coklat Beracun

3-6-2023 02:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 602| Komen: 6

Description: Angkara niat jahat, seorang wanita Brazil maut selepas menikmati coklat yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya.Lindaci Viegas Batista de Carvalho menerima sejambak bunga dan coklat dari ind ...
Angkara niat jahat, seorang wanita Brazil maut selepas menikmati coklat yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya.

Lindaci Viegas Batista de Carvalho menerima sejambak bunga dan coklat dari individu tidak dikenali sempena meraikan hari istimewanya.


Wanita berusia 54 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas memakan coklat itu yang didakwa keluarganya mengandungi racun.

Wanita ini maut selepas menikmati hadiah coklat sempena hari lahirnya.

Kakaknya, Lenice Batista berkata, mangsa mula berasa mual dengan matanya terbeliak selain tangannya mula mengecut selepas menjamah coklat itu.

"Dia kemudian terus pengsan dan tidak sedar diri," kata kakak mangsa.

Tambahnya, Carvalho disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital di Rio de Janeiro, Brazil.

"Anaknya yang juga sempat cuba memakan coklat itu terselamat kerana terus meludahkannya ekoran rasanya tidak enak," katanya.


Sementara itu, saudara-mara mangsa juga mendakwa wanita itu diugut di media sosial sebelum kejadian.

Wanita itu dilaporkan menerima panggilan mencurigakan pada Sabtu minggu lalu mengenai penghantaran untuknya.

Dia kemudian meminta bungkusan itu untuk ditinggalkan di kedai teman lelakinya.

Mangsa kemudian membawa coklat itu ke salun kecantikan, tetapi pada mulanya enggan makan sehingga dia bertanyakan kepada bekas suaminya yang mengakui memberikan hadiah itu.

Bagaimanapun, selepas kematian Carvalho, bekas suaminya mendakwa dia bergurau mengenai penghantaran itu, malah kakak mangsa tidak menganggap lelaki itu sebagai suspek kerana kedua-duanya mempunyai hubungan baik.

Sementara itu, polis sedang menyiasat dakwaan berkenaan manakala analisis makmal coklat itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 3-6-2023 04:30 PM
hal makanan mana bole buat gurau, klu ada org anta makanan, sngkut kt pagar, tkle terus mkn.ntah2 ada apa dlm tu..

yg ko pura2 ngaku bagi kt bekas bini, bila mati bini tu.. ko kata bergurau plak?
sumbat je dlm jail..
Quote Tinot7 3-6-2023 04:54 PM
Takziah kpd keluarga..

Harap2 takde yg suka mkn menda2 drp secret admirer.. jaman now org2nya lain drp jaman dolu2..
Quote acik79 4-6-2023 08:13 AM
Mak oi takutnya… aku mmg takut nak makan kalau org bg barang makanan.
Quote Suchi 4-6-2023 08:52 AM
Kesiannya,
Dahla hadiah hari lahir semua org teruja
Risau plak nak mkn mknn org bg kalau camni
Quote melinda_kerr 4-6-2023 09:13 AM
Sorryla i won’t eat kalau tk tahu dr siapa. Seram
Quote FlexyFox 4-6-2023 09:36 PM
Coklat ni selalunya kotak dia diseal dgn plastic. Kalau yg bar tu pun, wrapper luar dia diletak gam dan seal elok, yg lapisan dlm pun dibungkus kemas. Jadi kita boleh tau kalau coklat tu dah "tampered with"

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057914 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top