CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Taska Ralit Main Telefon Bimbit, Tak Sedar Kanak-Kanak Sawan Hingga Meninggal Dunia

3-6-2023 01:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 345| Komen: 0

Description: China: Seorang kanak-kanak perempuan di China dilaporkan meninggal dunia di taska selepas diserang sawan sebanyak dua kali.Apa yang menyedihkan, ketika dia diserang sawan, kejadian itu langsung tidak ...
China: Seorang kanak-kanak perempuan di China dilaporkan meninggal dunia di taska selepas diserang sawan sebanyak dua kali.

Apa yang menyedihkan, ketika dia diserang sawan, kejadian itu langsung tidak disedari guru yang berada di dalam kelas kerana ralit memeriksa telefon bimbitnya.


Pihak polis berada di lokasi kejadian susulan kes kematian seorang kanak-kanak di taska. -Gambar Sanook

Media tempatan melaporkan, bapa kepada kanak-kanak perempuan malang berusia tiga tahun itu memfailkan aduan, menyatakan dia membawa anaknya ke taska pada pagi 30 Mei dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 1.15 tengah hari, dia menerima panggilan daripada taska memaklumkan anak perempuannya telah meninggal dunia.

Bapa mangsa yang terkejut dengan perkhabaran itu segera bergegas ke taska dan meminta untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Rakaman daripada CCTV menunjukkan mangsa mengalami sawan pertamanya sekitar pukul 11.20 pagi, diikuti sawan yang lebih parah pada pukul 12.50 tengah hari.

Tetapi apabila kejadian tersebut disedari oleh guru di dalam kelas, semuanya sudah terlambat di mana mangsa tidak dapat diselamatkan.

Keluarga mangsa menyalahkan guru berkenaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa. Punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut juga sedang disiasat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037076 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top