CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Tak Hadir Bertugas Rupanya Anggota TLDM Maut Kereta Terbabas Ke Parit

26-5-2023 07:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 680| Komen: 3

Description: Penemuan mayat dalam kereta dipercayai terbabas ke parit berhadapan sebuah hotel di sini, hari ini menjawab misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Mayat Mohamad Khair M ...
Penemuan mayat dalam kereta dipercayai terbabas ke parit berhadapan sebuah hotel di sini, hari ini menjawab misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mayat Mohamad Khair Mahat, 28, ditemui orang awam yang memotong rumput berhampiran lokasi kejadian.



Anggota bomba mengeluarkan mayat anggota Tentera Laut yang ditemui meninggal dunia bersama kereta dalam parit berhadapan sebuah hotel, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

Pada 21 Mei lalu, isteri mangsa dikatakan menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas. Susulan itu, laporan polis dibuat keluarga berhubung kehilangan mangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 4.23 petang.

Beliau berkata, sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dihantar ke lokasi kejadian.


"Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan Perodua Kelisa yang ditemui orang awam dalam parit dianggar sedalam dua meter.

"Kereta berkenaan terbalik dipercayai terbabas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, anggota bertugas mengeluarkan mangsa selepas kereta itu dibawa naik menggunakan jentera.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 26-5-2023 09:38 PM
Sebab tu kalau nak pergi mana2 memang aku share live location kat family. Risau la kot2 terbabas kat tempat sunyi & xde siapa perasan. Kat mertua aku pon aku selalu bising mintak share sebab dirang jenis suka travel malam2, keadaan kesihatan pon kadang2 elok kadang2 tetiba sakit.
Quote Zazama 27-5-2023 11:34 PM
Syukur mangsa dijumpai.
Quote batmana 27-5-2023 11:42 PM
Takziah pada keluarga nya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040419 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top