CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 3

Hilang Tak Hadir Bertugas Rupanya Anggota TLDM Maut Kereta Terbabas Ke Parit

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Penemuan mayat dalam kereta dipercayai terbabas ke parit berhadapan sebuah hotel di sini, hari ini menjawab misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Mayat Mohamad Khair Mahat, 28, ditemui orang awam yang memotong rumput berhampiran lokasi kejadian.




Anggota bomba mengeluarkan mayat anggota Tentera Laut yang ditemui meninggal dunia bersama kereta dalam parit berhadapan sebuah hotel, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan Bomba




Pada 21 Mei lalu, isteri mangsa dikatakan menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas. Susulan itu, laporan polis dibuat keluarga berhubung kehilangan mangsa.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 4.23 petang.


Beliau berkata, sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dihantar ke lokasi kejadian.


"Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan Perodua Kelisa yang ditemui orang awam dalam parit dianggar sedalam dua meter.


"Kereta berkenaan terbalik dipercayai terbabas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Wan Md Razali berkata, anggota bertugas mengeluarkan mangsa selepas kereta itu dibawa naik menggunakan jentera.


Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kalau nak pergi mana2 memang aku share live location kat family. Risau la kot2 terbabas kat tempat sunyi & xde siapa perasan. Kat mertua aku pon aku selalu bising mintak share sebab dirang jenis suka travel malam2, keadaan kesihatan pon kadang2 elok kadang2 tetiba sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur mangsa dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada keluarga nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.315533 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list