OIAM anjuran Media Prima jelas gagal dalam mewarnai industri muzik hiburan tempatan apabila seringkali tular di media sosial atas faktor yang négatif seperti komen Ziana Zain yang tidak sensetif, marketing yang PPRT & pemilihan peserta yang tidak memuaskan.
Disebabkan OIAM telah sedikit sebanyak membusukkan industri muzik tempatan, Iols mencadangkan supaya Big Stage dikembalikan selepas kali terakhir ditayangkan pada 2023. Big Stage merupakan platform yang tepat untuk memberikan publisiti dan promosi kepada peserta yang jelas berbakat dan mampu mewarnai industri muzik tempatan. Impak ini jelas dapat dilihat apabila para penyanyi seperti Nadeera, Firdaus Rahmat, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Baby Shima, Aisha Retno dan Elica Paujin yang kian popular selepas penglibatan mereka dalam Big Stage.
Namun begitu, terdapat beberapa point penting yang harus kita perhalusi jika Big Stage hendak ditayangkan semula di kaca TV
1. Kembalikan Siti Nurhaliza di kerusi Juri Tetap
Ternyata star power Siti Nurhaliza tak dapat disangkal lagi dan ia bukanlah suatu kebetulan apabila edisi Big Stage yang menampilkan Siti tampak lebih popular berbanding musim lainnya. Kedudukan Siti di kerusi juri juga akan menarik lebih ramai penaja yang berprestij dan lebih disoroti berbanding penaja yang lepas. Whether you like it or not, kedudukan Siti sebagai penyanyi terunggul negara mampu menaikkan semula jenama Big Stage sementelahan ciapan dan content digital peminat Siti juga mampu menjadi free marketing untuk Big Stage
2. Say No To Indonesia & Korea
Sudah sudahlah industri kita ini terinzal dengan bakat dari Indonesia & Korea yang ternyata TIADA masa depan di dalam industri ini. Nak kata bawa rating pun tidak sementelahan nama nama seperti Waoede, Dinda Permata, Han-Byul & Hoondoo terus sendu di mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Tengok followers IG masing-masing pun SEDIHH
3. Giliran Ernie Zakri pertaruh pengaruh
Selepas kerusi juri tetap Big Stage menjadi milik Aina Abdul di edisi lepas(yang hanya viral hanya kerana outfit yang menganggu penonton), sudah tiba masanya seteru dalam industri yakni Ernie Zakri diletakkan di kerusi Juri Tetap Big Stage di samping Siti Nurhaliza. Pernah memenangi kategori Vokal Terbaik di AJL & AIM serta menjadi guru vokal untuk nama nama besar seperti Siti Nordiana & Khai Bahar, Ernie sememangnya juri yang tepat untuk menjadi Resident Vocal Judge untuk Big Stage, membayangi kerusi Syafinaz di Gegar Vaganza
Sekian bebelan Iols, chuols semua ada calon tak untuk Big Stage 2025 kalau betul betul berlaku?