View: 19667|Reply: 19
|
[Tempatan]
Nurin Hannani ditemui di Tokyo, jumpa 850km dari tempat hilang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Mimpi ngeri saya berakhir dan hanya ucapan syukur yang mampu saya lafazkan bila dapat panggilan telefon daripada pegawai Kedutaan Malaysia di Jepun memaklumkan anak yang hilang sejak empat hari lalu, ditemui selamat di Tokyo petang tadi," kata Noor Afzan Abdul Razak, ibu kepada pelajar Malaysia, Nurin Hannani Mohd Hafizi, yang dilaporkan hilang di Kure, Jepun, sejak Isnin lalu.
Noor Afzan berkata, panggilan diterimanya pada kira-kira jam 3.15 petang itu melegakan perasaan mereka sekeluarga yang sedih dan bimbang sejak Nurin Hannani, 21, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi kursus Kejuruteraan Alam Sekitar dan Perancangan Bandar di National Institute of Technology (KOSEN), Kure College itu tidak pulang ke asramanya selepas keluar pada tengah hari Isnin lalu.
"Saya bersyukur bila diberitahu Nurin Hannani selamat ditemui di Tokyo dan pihak Kedutaan Malaysia di Jepun sedang menguruskan hal itu termasuk membawanya ke balai polis bagi pemakluman dia sudah ditemui.
"Nurin Hannani dikatakan ditemui dalam keadaan keliru, tetapi saya tidak tahu di mana dan siapa yang menemui anak sulung saya itu. Setakat ini, saya belum lagi bercakap dengannya, biarlah dia bertenang dulu dan saya serahkan kepada kedutaan menguruskannya sementara menunggu kami datang ke sana dalam tempoh dua tiga hari lagi," katanya kepada BH, hari ini.
Nurin Hannani adalah pelajar tunggal beragama Islam dan satu-satunya pelajar antarabangsa di institut itu yang berada pada tahun pertama pengajiannya selepas menyambung pengajian di Jepun sejak April tahun lalu.
Difahamkan, gadis itu dipercayai meninggalkan kampus pada tengah hari Isnin lalu dan gagal dihubungi selepas itu, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak kedutaan serta Imigresen Jepun.
Jarak antara Kure dan Tokyo sejauh kira-kira 850 kilometer yang mengambil masa selama 10 jam perjalanan menaiki kenderaan atau lima jam jika menaiki kereta api.
Noor Afzan berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana Nurin Hannani melalui kehidupannya dalam tempoh empat hari kehilangannya dengan hanya berpakaian seragam biasa tanpa baju tebal ketika cuaca di Jepun masih sejuk ketika ini.
"Emosi Nurin Hannani pasti terganggu ketika ini, sebab itu kami tidak bertanya apa-apa kepadanya, malah pegawai kedutaan juga memberi ruang kepadanya untuk bertenang dulu.
"Saya bersama suami, Mohd Hafizi Ariffin dan anak bongsu akan datang ke Jepun pada hujung minggu ini untuk menemui Nurin Hannani dan memberikan sokongan moral kepadanya. Kami dijangka berada di sana selama seminggu, tetapi ia bergantung kepada keadaan Nurin Hannani, jika emosinya masih belum stabil, mungkin akan dilanjutkan sedikit bagi memastikan kesihatannya pulih," katanya.
Mengulas kehilangan anaknya itu, Noor Afzan yang juga jururawat kanan di MSU Medical Centre di Shah Alam, berkata dia dan Nurin Hannani berhubungan menerusi telefon hampir setiap hari dan gadis itu sentiasa berkongsi perkembangan dirinya di Jepun.
"Kali terakhir saya bercakap dengannya pada jam 11.30 pagi (waktu Jepun) Isnin lalu ketika dia berada dalam kelasnya. Dia maklumkan yang dia mahu memeluk saya kerana terlalu rindu, pada masa sama dia meminta saya doakan dia berjaya menjadi pelajar Top 5.
"Sebab itu, apabila dia gagal dihubungi selepas itu dan tidak kembali ke asrama seperti biasa, kami sekeluarga terkejut kerana dia seorang yang ceria dan positif. Bagi saya kehilangan Nurin Hannani selama empat hari ini bagaikan mimpi ngeri kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, malah rakan di asrama serta pensyarahnya juga terkejut dengan kejadian ini," katanya.
Sumber:Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kena culik dek yakuza ke? |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 30-1-2025 10:03 PM
Kena culik dek yakuza ke?
Selalu yakuza dia tak kacau org awam
Dia kacau bisnes je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rs dia rindu family tu, g tokyo sbb nk g airport international kot. Homesick kot. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kes lbh krg mcm student kat france dulu??
stress dgn pelajaran dan kehidupan sbb surrounding yg sgt berbeza payah nak adapt ujung2 hilang tatau kemana hala. mujur la dpt jmp balik.
harap semuanya baik2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku faham apa yang keluarga ni lalui. Kalau ada number boleh juga aku call.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-1-2025 10:43 PM
Aku faham apa yang keluarga ni lalui. Kalau ada number boleh juga aku call.
maksud nya? sexplain pliss |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak bagi idea apa nak cakap kat budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-1-2025 11:32 PM
Aku nak bagi idea apa nak cakap kat budak tu.
nak call famili budak ni ke bagi kata semangat??
tapi macam setuju dengan komen kat atas maybe dia homesick |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur dah jumpa. Nak gak tahu kenapa. Sebab embassy pun cakap pelajar dalam keadaan keliru. Tekanan ke sampai bawa diri ke tokyo? Harap pulih semangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni... semoga pulih kembali semangat yg hilang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
AlhmdulilLah selamat dijumpai wlu pun dlm keadaan keliru..
sblm jd perkara2 lain diluar jangkaan..Balik je
la dik..sambung belajar kt Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian....sunyi kot budak ni..jauh dari mak bapak..kawan pun tak de..dia sorg je kan pelajar asing kat situ...klu yg dah biasa hidup ramai kawan mmg boleh kacau jiwa bila dok kat tempat budak ni |
|
|
|
|
|
|
|
kursus Kejuruteraan Alam Sekitar dan Perancangan Bandar bersepah kat tanah Melayu ni..kalu jomesick belajar di sini je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi mak budak ni, aku bawak balik je. Tak sanggup aku jauh2 dgn anak umur muda lagi tu. Perempuan la pula. Semoga baik2 je dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nak ckp mcm mana tu decaf
|
|
|
|
|
|
|
|
Engineering kt jepun susah bg aku,byk bdk kita yg terkandas.. ramai kwn2 yg study Jepun byk yg x hbs sambung kt mesia jer!aku suka Jepun tp bkn utk study kat sana baik aku hantar ank kat UK.tp kos yg dia amik ni bese2 je pon,ssh kot kat sana klu mental sng koyak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|