CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Membengkak Dan Berbau Terapung Di Tebing Sungai Kelantan

26-5-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 214| Komen: 0

Description: Mayat membengkak seorang lelaki ditemukan di tebing Sungai Kelantan di Pasir Pekan, petang semalam.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai ...
Mayat membengkak seorang lelaki ditemukan di tebing Sungai Kelantan di Pasir Pekan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat yang sudah berbau itu pada jam 3.30 petang.



Gambar hiasan

"Mayat dijumpai keadaan terapung dan hanyut dibawa arus sungai serta berpakaian lengkap.

"Tiada tanda luka jelas pada badan namun keadaannya sudah membengkak dan berbau.

"Mayat dibawa ke tebing sungai oleh pasukan bomba untuk mengelaknya daripada hanyut dibawa arus sebelum dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil bedah siasat yang mangsa berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Amran berkata, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai melarikan diri ketika serbuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di tebing sungai di Kampung Pasir Pekan Tengah di sini, kelmarin.


"Mayat diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037888 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top