CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Tak Kisah Jodohnya Diatur Keluarga

30-3-2023 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13514| Komen: 5

Description: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 31, belum bertemu cinta baharu dan terfikir untuk berkahwin kerana sibuk memberi tumpuan kepada karier seninya yang masih rancak.Nabila ditemui berkata, kesibukan ...
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 31, belum bertemu cinta baharu dan terfikir untuk berkahwin kerana sibuk memberi tumpuan kepada karier seninya yang masih rancak.

Nabila ditemui berkata, kesibukan kerja membuatkan dia tiada masa untuk bercinta walaupun timbul kerisauan dihatinya selepas melihat kebanyakan rakan dan kenalan rapat sudah hidup berkeluarga.



IG

"Risau itu ada juga terasa, sebab umur makin meningkat. Tapi, ia tidaklah sampai membebankan fikiran saya lagi. Memang saya tak ada kekasih atau berkawan rapat dengan seseorang pun kerana jadual diisi dengan aktiviti kerja.

"Entahlah, memang buat masa sekarang saya belum lagi terfikir untuk berumah tangga. Cuma, tipulah kalau saya kata tak pernah terfikir langsung. Apapun, sekarang memang fokus pada karier dulu," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya apakah dia terlalu memilih selepas dikecewakan bekas kekasih, Nabila berkata itu bukan sebabnya, cuma dia perlu mencari duit bagi menanggung keselesaan hidup keluarganya.


"Saya tidaklah terlalu memilih soal jodoh, asalkan lelaki itu boleh menerima diri ini seadanya, syukur Alhamdulillah. Namun, sebenarnya masih banyak perkara yang belum saya buat di dalam industri ini.

"Lagi pun, hendak menjaga satu 'hati lain' memerlukan tanggungjawab juga. Kalau ada yang mahu mengenali, saya okay saja sebab ciri-ciri lelaki idaman diimpikan pun sudah banyak dikurangkan.

"Apa yang penting, cukuplah kalau hati si dia ikhlas menerima dan mengenali cara kerja saya. Insya Allah, kalau ada jodoh pasti akan datang juga dan saya tak akan menyimpannya sendirian," katanya.


IG

Menurut penyanyi lagu Peluang Kedua ini, dia juga bersikap terbuka jika jodohnya diatur keluarga.

Katanya, tapi biarlah lelaki yang dijodohkan itu memenuhi ciri-ciri teman hidup sebagaimana diharapkannya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-3-2023 07:51 PM
Nabila ni budak baik betul jenis2 pompuan yang kalau jadi menantu aiol, harus sejuk hati aiols gitu ha.
Quote Nana_Man 30-3-2023 11:07 PM
Semoga cepat bertemu jodoh..
Quote Revo2k17 30-3-2023 11:50 PM
Quote OyenLemas 31-3-2023 06:37 AM
dua_chzy: Nabila ni budak baik betul jen ...


betul2 . mmg nampak dia ni budak baik je.
Quote 3480 31-3-2023 12:46 PM
Lawa dia pakai baju putih atas tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.080876 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top