CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Takut Tapi Tak Akan Mendesak Ia Untuk Tular," Casablanca Meletup, Nuha Tak Letak Harapan Tinggi Untuk Single Kedua

30-3-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13385| Komen: 3

Description: Selepas lagu Casablanca yang mencetus fenomena tersendiri kini Nuha Bahrin dan Naufal Azrin tampil dengan single kedua berkonsep zikir berjudul Iktiraf sempena Ramadan.
Selepas lagu Casablanca yang mencetus fenomena tersendiri kini Nuha Bahrin dan Naufal Azrin tampil dengan single kedua berkonsep zikir berjudul Iktiraf sempena Ramadan.

Casablanca yang mencipta sejarah dalam industri seni tempatan serta mendapat tempat di negara jiran turut mencatat 27 juta tontonan di Youtube.


Foto: IG

Lagu ciptaan Daqmie manakala lirik oleh Abdul Karim Al Ali dilancarkan kira-kira pertengahan tahun lalu mencipta sejarah sebagai lagu tempatan pertama menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

Begitupun ledakan lagu Casablanca sejak dilancarkan seakan terhenti seketika sehingga ada melabelkan mereka sebagai artis 'one-hit wonder'.



Nuha, 23, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin mengakui bersyukur dan bertuah dengan penerimaan peminat muzik dengan karya nyanyian mereka dan menganggap ia sebagai rezeki.

"Ini adalah rezeki dan saya tahu ia bukan mudah untuk memperoleh sesuatu yang sama seperti single sulung kami.

"Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada, tak ada lah. Kami akan terus berusaha dalam berkarya dalam bidang ini," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Nuha, dia tidak akan memberi tekanan buat dirinya dan sedar jangkaan tinggi masyarakat.

"Saya agak takut, tetapi saya tidak akan mendesak ia untuk tular," kata Nuha yang pernah dikritik kerana gagal menyanyi dengan baik dalam persembahan secara langsung.

Tambah Nuha, apa yang dilakukan sekarang adalah dengan seikhlas hati dan menerima kritikan yang dilontarkan daripada peminat dengan berlapang dada.



"Saya sedar masih dalam proses pembelajaran dan banyak lagi teknik yang perlu tingkatkan.

"Kalau ada kritikan yang boleh membantu untuk menjadi lebih baik, saya akan terima." katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 30-3-2023 04:50 PM
Baru je dengar diorang menyanyi live last week. Separately they are okay singers tapi kena work more on the harmony sbb kadang kala kedengaran sumbang harmoninya
Quote dudaberhias 30-3-2023 04:51 PM
Pastikan single kedua pun meletopsz yach, sebab kalau nak harapkan nyanyian korang dan rupa, memang kaka lebih rela beralih ke channel animal planet.

Sebab sekarang ni Gen Z hanya hadap dua ni je yang penting dalam muzik:

Muka kema herlok walaupun nyanyi macam binatang (khususnya bts n blackpink)
Lagu kena best walaupun penyanyi menyanyi menyerupai tupai dan rupa macam tapai basi.
Quote OyenLemas 31-3-2023 12:55 AM
kalau terlalu byk arabnyaa. nurtijen melesia sukar nak suka. tp tgk je la nanti

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.083417 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top