Pachara Apin mendedahkan sepanjang perkahwinan dengan Afiq Muiz dia yang terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan mereka suami isteri. Dakwanya, Afiq hanya menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video.
"Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya? "Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu? "Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game. "Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen," katanya melalui IG. Pachara mndedahkan perkara berkenaan selepas Afiq mendakwa dirinya kaki mabuk dan keluar dengan jantan lain. Pachara memberitahu dia menyesal menarik balik laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya dia akan berubah menjadi seorang suami lebih baik. Pachara menyifatkan Afiq sebagai seorang lelaki pengecut yang hanya mahu menguasai seorang wanita dan tidak akan berubah. "Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah. "Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut! "Keluarga saya sedang tahan hati saja tengok drama kau ini. Abang-abang sepupu dan pak cik-pakcik saya memerhati saja perangai kau dari dulu," ujarnya. Mengulas mengenai tindakan dia memfailkan tuntutan fasakh, Pachara berkata, dia berhak berbuat demikian selepas ada dilalui sepanjang berkahwin dengan Afiq. Katanya, dia sepatutnya membuat permohonan itu sebelum ini lagi namun masih berharap suaminya itu akan berubah. "Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi. "Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya," katanya. Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali. Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya. Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya. Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami. Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri. Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar. Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. -CARI
|
Thunderclouds replied at 30-3-2023 04:59 PM
Datin paduka senyum siniss
telracs replied at 30-3-2023 10:49 AM
Afiq muiz ni yang berlakon dengan zara zya tu ke?
Drama pasal perkahwinan diorang yang dirahsiak an ...
asfaz replied at 30-3-2023 09:30 AM
Antara Apiq dgn wife dia ni ,ai percaya kat wife. dia
Apiq dgn adik dia si ecah tu takleh percaya p ...
jasmeen replied at 30-3-2023 10:46 AM
sorry i side pachara..si apik ni kan dulu boipreng si datin eina kan.nasib baik eina cabot.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
29-5-2023 12:52 AM GMT+8 , Processed in 2.122659 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.