CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Tak Penat Jawab Bila Nak Ada Anak, Mohon Doa Ramai Supaya Cepat Hamil

30-3-2023 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2897| Komen: 5

Description: Zizi Kirana memohon orang ramai mendoakan agar dia segera hamil dan dikurniakan cahaya mata.
Zizi Kirana memohon orang ramai mendoakan agar dia segera hamil dan dikurniakan cahaya mata.

Kata Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, dia dan Yusuf Bahrin sudah terbiasa menerima pertanyaan mengenai anak.


Foto: IG

“Daripada dulu orang bertanya... kalau belum kahwin orang tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin orang tanya bila nak ada anak.

“Itu adalah normal saya rasa jadi tiada rasa penat dan bila orang tanya saya akan jawab insyaAllah ada rezeki.



“Saya dengan Yusuf tetap bersyukur jika Allah beri seorang cahaya mata atau dua sekalipun Alhamdulillah dan kalau Allah bagi lebih lagi Alhamdulilah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zizi sempat berkongsi kegembiraan pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini dengan menganggap itu sebagai hadiah hari jadi terbaik buatnya.




“Ia umrah yang pertama dalam hidup dan diberi rezeki pergi bersama suami.

“Kebetulan waktu itu hari kelahiran saya jadi itu hadiah yang tak ternilai nikmat yang Allah beri,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 30-3-2023 08:06 PM
mak aih. usop ni makin berumo makin serupa dengan muka bapak dia. sebijik sejibik macam fotostat
Quote rayna_raynes 30-3-2023 09:25 PM
tengok she berkelubung kelubung gini teringat pulak dia terkinja-kinja dalam costume bertih jagung
Quote cursebreaker 30-3-2023 10:26 PM
PULANGKAN replied at 30-3-2023 08:06 PM
mak aih. usop ni makin berumo makin serupa dengan muka bapak dia. sebijik sejibik macam fotostat

sape bapak dia?
Quote PULANGKAN 30-3-2023 10:28 PM

Encik Bahrin lerr
Quote dudaberhias 30-3-2023 10:31 PM
sibuk nak mampos acik2 yang tanya bila nak ada anak tu pun... tapi kenapa hati hitam kaka rasa takde sape tanya pun? sebab korang dedua sendu yach... lepastu makin kepam sejak kahwin...

ada satu penyakit retis2 ni deorang akan ada halusinasi bila masuk fasa sendu lepas kahwin... elizabeth tan tu pun nak masuk fasa tu... bawak2 bersabar yach...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041276 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top