CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatin Afeefa Tak Sekolahkan Anak? "Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Ke Sekolah Antarabangsa”

30-3-2023 02:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8601| Komen: 62|Original author: LilRose

Description: Berang dituduh tidak menghantar anak ke sekolah, Fatini Afeefa tampil memberi penjelasan di media sosial.
Berang dituduh tidak menghantar anak ke sekolah, Fatini Afeefa tampil memberi penjelasan di media sosial.

Menerusi siaran langsung di TikTok, pelakon itu menegaskan dakwaan yang dilemparkan itu adalah satu fitnah.


Bagaimanapun, Fatin berkata, tidak adil untuk dia menjawab fitnah itu di media sosial.


Kredit foto: IG

“Saya habiskan duit sebanyak RM40,000 ribu untuk membayar yuran (sekolah antarabangsa) selama setahun. Anak saya dah selesai tiga semester dan dah masuk tahun kedua. Macam mana boleh cakap anak saya tak masuk darjah satu?

“Anak saya bukan belajar silibus kebangsaan yang mana dia boleh sambung belajar di peringkat IGSCE. 

"RM40,000 tak termasuk baju dan buku sekolah. Tapi jangan risau saya ada bukti transaksi. Bukti hantar anak masuk sekolah. Ada nama anak, pembayaran berapa semua ada,” katanya.


Dalam masa sama, Fatin terkilan apabila ramai pihak sewenang-wenangnya menghina dirinya tanpa bukti sedangkan dia bekerja keras untuk memastikan anak dapat pendidikan yang baik.


Kredit video: YouTube Selebriti Malaysia

Dia juga sedang berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya dengan melakukan ibadah.

Malah, anak-anaknya turut dihantar ke sekolah swasta tahfiz untuk menerima pendidikan agama yang bagus.


Kredit foto: IG

Menerusi perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian dan hasil perkahwinan dengan Adam pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017, dia dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 30-3-2023 03:03 PM
Biasalah tu Fatin, hang tak bertutup kepala, sebab tu makcik2 benci hang. Hang bernafas pun salah.
Quote tahanie 30-3-2023 06:13 PM
Menerusi perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian dan hasil perkahwinan dengan Adam pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017, dia dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia. - CARI

Dia kahwin tiga kali dah ke?
Quote pocongkiutss 30-3-2023 06:30 PM
Iols x setuju budak kecik2 dh hntr ke asrama tahfiz

Padahal mak bapaknya .hmmm
Quote dudaberhias 30-3-2023 06:36 PM
pocongkiutss replied at 30-3-2023 06:30 PM
Iols x setuju budak kecik2 dh hntr ke asrama tahfiz

Padahal mak bapaknya .hmmm

iols pun tak setuju... budak2 kecik gitu masih perlukan kasih sayang ibu bapa... belum cukup puas lagi dia merasa kasih sayang ibu bapa... tido malam2 pun menangis rindu kepada mak bapak... tup tup boleh plak ko sumbat dia kat sekolah berasrama dengan harapan anak kau jadi baik bagai...
sedangkan mak bapak tu pun gigih menahan chepit dan putik jagung tak boleh hidup tanpa berlaki atau cikki walaupun sehari dek kerna kesunyian... ni kan pulak budak yang di hantar ke asrama...
Quote codenamedream 30-3-2023 06:42 PM
tahanie replied at 30-3-2023 06:13 PM
Menerusi perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian dan hasil perkahwinan de ...

Yg first tu tak kahwin pun
Quote slyfynx 30-3-2023 07:54 PM
Aku sungguh x setuju parents yang anak hantar tahfiz dgn alasan tu tiket ke syurga.
Kalau ko perangan nan hado, ttp la neraka jahannam jg tempatnye (ayat ni bukan untuk fatin ye)
Ntah la.
Quote tahanie 30-3-2023 08:28 PM
codenamedream replied at 30-3-2023 06:42 PM
Yg first tu tak kahwin pun

Press memang macam ni ke sekarang
Quote seripahzeripah 30-3-2023 08:34 PM
I rasa ank dia sekolah tahfiz swasta yg balik hari..bnyk je sekolah mcm tu sekarang..masuk pukul 8 balik pukul 4 or 5
Quote sleepandream 30-3-2023 10:25 PM

aiyooo... pandai reporter coverline
Quote wallflower 30-3-2023 10:36 PM
Aku x baca habis pon tp nak komen. Suka tgk ibubapa yg mampu berhabis utk pendidikan anak2. Bosan la asyik baca keluhan nk beli buku, nk belanja raya anak2 dll.
Quote sharlenetexas 31-3-2023 01:23 AM
Adik masuk sekolah international, belajar pandai2 dan stopkan cycle rempit.


Quote rayna_raynes 31-3-2023 01:32 AM
wallflower replied at 30-3-2023 10:36 PM
Aku x baca habis pon tp nak komen. Suka tgk ibubapa yg mampu berhabis utk pendidikan anak2. Bosan la ...

Sama. Mcm Chinese kan diorang berhabis untuk belanja sekolah anak2. Duit angpow CNY terus masuk dalam bank anak, bukan mcm sesetengah oraang duit raya anak dia buat berjoli

Quote rayna_raynes 31-3-2023 01:33 AM
tahanie replied at 30-3-2023 08:28 PM
Press memang macam ni ke sekarang

Dia tutup aib budak tu lah. Budak tu bukan salah pun. Kalau terang2 kata luar nikah silap2 nnt jadi bahan kejian


Quote scarflicious 31-3-2023 05:29 AM
Aku x jumpa lagi sekolah tahfiz swasta yg follow international syllabus tapi dok asrama mcm yg patin ckp ni. Yg aku jumpa, bila dah secondary.

Aku agam musykil dgn patin ni. Dah lama x tgk anak2 dia. Selalu tgk laki bodoh dia je.
Quote cupu 31-3-2023 05:44 AM
scarflicious replied at 31-3-2023 05:29 AM
Aku x jumpa lagi sekolah tahfiz swasta yg follow international syllabus tapi dok asrama mcm yg patin ...

Try sriti. Best sylibus so far.
Quote cm_vungtau 31-3-2023 05:48 AM
Sekolah tahfiz jauh lagi horror dari sekolah kebangsaan. Budak2 tahfiz sendiri yang cerita.
Quote GegarVaganja 31-3-2023 05:50 AM
tahanie replied at 30-3-2023 06:13 PM
Menerusi perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian dan hasil perkahwinan de ...

Ayat ni dah macam si Fatin kawen dengam anak dia tau

Quote innocentsangat 31-3-2023 06:37 AM
rayna_raynes replied at 31-3-2023 01:33 AM
Dia tutup aib budak tu lah. Budak tu bukan salah pun. Kalau terang2 kata luar nikah silap2 nnt jad ...

Betul. Dia tak kacau orang pun. Org lain pulak yang panas. Ahaks.
Quote I.K.A888990 31-3-2023 06:46 AM
over nau netizen pn. lantak dia la anak dia

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.166417 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top