CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Modal Bekas Pink, Tadah Tangan- Pengemis Boleh Dapat Lebih RM240 Dalam Masa Beberapa Jam Di Bazar Ramadan

24-3-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4401| Komen: 5

Description: Ampang Jaya: Hanya menggunakan bekas berwarna merah jambu dan duduk menadah tangan di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai, di sini, untuk meraih simpati.
Ampang Jaya: Hanya menggunakan bekas berwarna merah jambu dan duduk menadah tangan di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai, di sini, untuk meraih simpati.

Itu perbuatan dilakukan seorang wanita warga asing yang mencari jalan mudah mendapatkan wang sehingga mampu memperoleh RM240 dalam beberapa jam meraih simpati orang ramai.


Bagaimanapun tindakan wanita terbabit mengundang padah apabila ditahan polis semalam.


Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam dan menahan wanita itu yang sedang meminta sedekah.

"Hasil pemeriksaan mendapati dia menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan diri sah.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap beg yang disandang suspek mendapati beberapa wang kertas sejumlah RM240.

"Suspek kini ditahan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Harian Metro. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-3-2023 12:57 PM
Jom buat gini dpt duit senang wooo keja skrg gaji sehari 60 hnggt je
Quote Thunderclouds 24-3-2023 01:13 PM
Dh ramai enabler.
Kutip pahala katanyehhhhh..
Quote lotusteratai 24-3-2023 01:34 PM
sbb tu pengemis kat negara ni bak cendawan tumbuh selepas hujan, ramai enabler yg kata klu dia tipu itu urusan dia dgn tuhan

Quote hashashes 24-3-2023 02:10 PM
lotusteratai replied at 24-3-2023 01:34 PM
sbb tu pengemis kat negara ni bak cendawan tumbuh selepas hujan, ramai enabler yg kata klu dia tipu  ...

Macam mak aku la tu kalau aku sorry lah, memang takkan bagi. Ada hari tu lagi jahanam, badan sihat2 gemuk2 air pakaian sume ok , dok bersila kat kole tu tulis oku bisu. Kau dah kenapaaa. G keje la dekk. Alangkan fastfood chain pun dah amek org oku keje skrg ni
Quote ifanonline 24-3-2023 03:24 PM
bagi aku kalau rakyat tempatan buat mcm ni OK je...cuma jangan benarkan rakyat asing, pendatang haram buat kerja ni di Malaysia...nanti ramai ambik kesempatan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051344 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top